Desaland, penginapan lengkap seisi keluarga
Desaland, penginapan lengkap seisi keluarga
LABUAN lebih dikenali dalam kalangan pelawat sebagai destinasi percutian yang menawarkan pemandangan pantai bersih dengan air laut membiru.
Pulau terletak 10 kilometer dari pantai Sabah itu juga menyimpan khazanah dasar laut yang indah.
Justeru, tidak hairanlah ia sering menjadi pilihan penggemar selaman skuba.
Bagaimanapun, ramai tidak sedar bahawa Labuan turut mempunyai tempat menarik lain yang boleh diterokai dan salah satunya adalah Desa Tunas Hijau atau lebih dikenali sebagai Desaland.
Desaland merupakan sebuah kawasan seluas 2.8 hektar yang menawarkan pelbagai jenis penginapan serta aktiviti ekopelancongan menyeronokkan kepada semua golongan.
Terletak di Jalan Sungai Pagar, Kampung Sungai Miri, ia sering menjadi pilihan masyarakat tempatan yang ingin menghabiskan masa hujung minggu bersama insan tersayang.
Pengasasnya, Datuk Seri Mohd. Alias Abd. Rahman memaklumkan, Desaland merupakan tempat percutian berkonsepkan kekeluargaan dengan menawarkan pelbagai aktiviti menarik.
“Saya membeli tanah ini sejak lima tahun lalu sebagai salah satu aset. Ketika itu, saya bercadang membangunkan kawasan perumahan di sini, namun kurang sesuai.
“Pada 2017, saya mula membangunkan landskap di sini sebelum membina tempat penginapan serta menyediakan beberapa aktiviti di sini,” katanya ketika ditemu bual Horizon baru-baru ini.
Mohd. Alias berkata, Desaland menawarkan beberapa pilihan penginapan untuk pelawat seperti chalet, rumah pokok serta kawasan perkhemahan.
Katanya, antara kemudahan itu ialah lima buah chalet dengan dua pilihan variasi iaitu studio dan double room yang sesuai untuk pelawat berkumpulan, keluarga dan berpasangan.
“Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti pendingin hawa, tandas, dapur serta peralatan memasak. Kami juga mempunyai sebuah penginapan yang dibina di atas pokok.
“Bagi pelawat yang gemarkan cabaran, mereka boleh bawa khemah untuk bermalam di sini. Kami juga menawarkan kemudahan sewaan khemah kepada pelawat,” ujarnya.
Dia menambah, Desaland dilengkapi sebuah dewan terbuka dengan kapasiti 500 orang pada satu-satu masa yang sesuai untuk majlis makan malam, perkahwinan dan program tertutup.
MEMANDU ATV sambil menikmati pemandangan indah di sekitar Desaland menjanjikan satu pengalaman menarik bagi sesetengah pengunjung.
Menariknya, Desaland dikelilingi landskap hijau semula jadi selain terletak berhadapan Laut China Selatan yang terbentang luas.
Selain menikmati pemandangan semula jadi, pelawat juga boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan di Desaland.
Jelas Mohd. Alias, pihaknya menawarkan beberapa aktiviti yang sesuai buat seisi keluarga merangkumi di darat, laut dan kolam.
“Antara aktiviti yang ditawarkan termasuklah kenderaan pelbagai permukaan (ATV), kayak, bot pedal, trampolin, water roller ballon dan water walking ball.
“Aktiviti utama di sini adalah kembara ATV di atas trek lembap dan permukaan tidak rata di sepanjang tepian sungai pada harga serendah RM60 bagi tempoh 30 minit.
“Kami juga membuka aktiviti di sini kepada orang ramai dan tidak hanya
terhad buat mereka yang menginap sahaja,” jelasnya.
Sebelum mengakhiri bicara, Mohd. Alias memberitahu, Desaland menerima jumlah pelawat yang tinggi selepas Labuan beralih ke Fasa 4, Pelan Pemulihan Negara.
Ujarnya, memandangkan Desaland sebuah tempat rekreasi berkonsep terbuka, ia dapat mengurangkan risiko penularan virus Covid-19. K Online
Desaland, penginapan lengkap seisi keluarga
Baca Artikel Menarik :
- Senator PAS dikecam lepas kaitkan bunuh diri dengan drama Korea
- Azhar minta Wee perjelas, kemuka bukti
- 10 pasangan selebriti Malaysia ini adalah sepupu
- Pacak tripod, rakam sedang sembahyang – Zul Ariffin
- Ini cubaan halang saya wakili Najib
- Payung terjun gagal dibuka, tentera terjunam ke tanah
- Ribuan dolar AS ditemui dalam tong sampah
- Pandora Papers: Benarkan ia dibahaskan di Parlimen – Najib
- Tiz Zaqyah kena kecam kerana ini….
- Aneka perisa cakoi menjadi rebutan
- Ustaz Don pula jadi mangsa scammer
Layari Laman Facebook MYKMU
Tentera tembak diri sendiri, ibu mentua, selepas bertengkar dengan isteri
You must be logged in to post a comment.