Bibir Harris Anuar bengkak teruk



Bibir Harris Anuar bengkak teruk

Pelakon, Harris Annuar terpaksa dirawat di pusat perubatan di Ipoh, Perak selepas bibirnya bengkak teruk akibat disengat lebah, pagi hari ini.

Harris berkata, dalam kejadian jam 6 pagi itu, dia baru selesai mandi dan tidak menyedari lebah itu hinggap di tualanya.

“Selesai saja mandi, saya terus capai tuala untuk lap muka. Malangnya, saya tak perasan yang tuala saya itu ada seekor lebah dan terus menyengat bibir saya.

“Ketika itu, saya tak tahu nak buat apa sebab kejadian berlaku terlalu pantas. Kemudian bibir saya terus membengkak,” katanya.




Harris berkata, dia terus mendapatkan rawatan di hospital berhampiran dan mujur dia datang awal kerana sengatan lebah amat berbahaya.

Menurut Harris, doktor memaklumkan tekanan darahnya rendah menyebabkan dia terpaksa ditahan bagi memantau keadaan kesihatannya.

“Doktor terpaksa menahan saya di wad sebab nak pantau keadaan jantung saya. Saya juga menerima dua suntikan di lengan dan punggung.

“Doktor beritahu bengkak yang dialami disebabkan ‘anaphylactic shock’ akibat gigitan serangga itu,” katanya.

Dalam pada itu, Harris berkata, dia berada di Ipoh sejak semalam untuk mengagihkan bantuan keperluan asas kepada golongan yang memerlukan di sekitar bandar raya itu. HM




Bibir Harris Anuar bengkak teruk


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siang kutip sampah malam jadi perogol



Leave a Reply

Your email address will not be published.