Wanita tidak potong rambut 18 tahun

Wanita ini menunjukkan rambut panjangnya yang tidak dipotong selama 18 tahun. – TikTok

JAKARTA – Seorang wanita baru-baru ini menjadi tular di media sosial selepas menunjukkan rambut panjangnya yang tidak dipotong selama 18 tahun, lapor laman berita Suara.com.

Menerusi aplikasi sosial TikTok, pemilik akaun dengan nama @zo_fi12 itu memuat naik foto rambut hitamnya yang ikal mayang dan lebat.

Selain itu, dia juga mendedahkan bahawa tidak mempunyai sebarang petua atau pun kaedah khusus bagi menjaga rambutnya itu yang mirip dengan karakter fiksyen popular, Rapunzel.

Dia sebaliknya hanya mencuci rambutnya dengan menggunakan syampu dan menggunakan minyak urang aring ketika menyikat rambut.



Netizen yang melihat rambut panjang wanita itu kemudiannya meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Kalau keluar malam-malam, astaga,” kata seorang netizen.

“Rapunzel telah tiba di Indonesia,” tulis seorang lagi netizen.

Video tersebut sehingga kini telah ditonton sehingga 2.1 juta kali. – AGENSI



Wanita tidak potong rambut 18 tahun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siang kutip sampah malam jadi perogol



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker