Ulang tahun keputeraan Sultan Johor, Anwar, Zahid sampaikan ucapan tahniah

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan mengucapkan tahniah kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan baginda ke-65, pada Rabu.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar mendoakan semoga baginda serta seluruh Kerabat Diraja dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam catatan di Facebooknya turut merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Ibrahim.



“Semoga Ke Bawah Duli Tuanku, Permaisuri Johor dan seluruh ahli keluarga sentiasa mendapat perlindungan dari Allah SWT, sihat wal’afiat dan dilimpahi rahmat serta nikmat kesejahteraan yang berpanjangan,” katanya. – Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah

‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel



Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker