Ustaz Don pula jadi mangsa scammer

Ustaz Don pula jadi mangsa scammer

Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Don Daniyal meluahkan rasa terkilan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggunakan nama dan gambarnya untuk memperdaya kenalannya di aplikasi WhatsApp.

Menerusi entri Instagram, penceramah itu memuat naik beberapa tangkap layar perbualan ‘si penipu’ itu yang cuba menipu kenalannya dengan meminta wang menerusi aplikasi berkenaan.

Sehubungan itu, Don menyifatkan perkara tersebut boleh memburukkan imej individu berserban sekali gus mencalarkan nama baiknya juga.


USTAZ Don Daniyal mendedahkan perbualan scammer berkenaan di aplikasi Whatsapp, menerusi Instagram miliknya.

Dia turut menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati serta tidak mudah terpedaya dengan tipu helah scammer.

“Semua, tolong sebarkan. Dah lah gambar Ustaz pakai serban. Memang nak bagi buruk imej orang pakai serban. Minta ribu pula. Kacau.

“Tolong sebentar ya kawan-kawan. Jangan bagi ada yang terkena. Nama saya Don Daniyal dan isteri, Husna Zahry, bukan Ariati. Tak fasal.

“Ya Allah, tolong buka hati irang yang buat agar jangan menganiaya orang lain. Malah, orang yang kena, supaya nampak kebohongan,” kongsinya di Instagram.

Menerusi tangkap layar tersebut, individu berkenaan menyamar menjadi pendakwah itu lalu meminta wang sejumlah RM 3,750 untuk dipindahkan ke akaun isterinya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet menasihati Don agar sekat nombor berkenaan dan segera membuat laporan polis sebagai langkah berjaga-jaga.

Sebelum ini, penyanyi legenda terkenal, Datuk Hattan mendedahkan aplikasi WhatsApp miliknya digodam oleh individu tidak bertanggungjawab untuk memperdaya kenalannya. Utusan

Ustaz Don pula jadi mangsa scammer


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Fesyen Ameera Khan disamakan karpet Nilai 3

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker