Shafie dakwa keengganan Warisan terima MOU punca MP didakwa

Shafie dakwa keengganan Warisan terima MOU punca MP didakwa

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal mengaitkan dakwaan rasuah terhadap ahli parlimen Labuan Rozman Isli dengan keputusan parti itu tidak menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Ismail Sabri Yaakob seperti dilakukan Pakatan Harapan (PH).

“Pasal apa kes tu berlaku? Pasal kita tak sign MOU, jikalau kita sign memorandum, kemungkinan perkara tu tidak akan berlaku,” katanya dalam sebuah forum yang disiarkan secara langsung semalam.

“Apa sebab berlaku perkara ni, seakan-akan ni saya katakan is no longer instrument kita harapkan badan untuk mencegah, untuk mendidik, untuk letak negara kita ke tahap yang dihormati, disegani.

“Pada saat ini, ia kelihatan bukan lagi satu badan (seperti yang) kita nakkan,” katanya.

Sementara itu, Free Malaysia Today turut memetik pandangan Rozman yang senada dengan Mohd Shafie.

Rozman berkata, dia didakwa selepas kerajaan gagal memujuknya agar meninggalkan Warisan dan menyertai parti lain.

“Ini bukan perkara baru. Mereka mencubanya sejak 2020 tetapi saya tidak bimbang.

“Lagipun saya mahu memerangi kes salah guna kuasa dan rasuah. Jadi ini akan menjadi seperti ‘pengalaman langsung’ buat saya.

“Objektif pertama (mereka) ialah untuk membuatkan saya menyertai mereka. Disebabkan itu gagal, cubaan kedua adalah untuk merosakkan reputasi saya sebelum pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Rozman didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 pagi ini kerana dituduh menggunakan kedudukannya untuk menerima rasuah.

Rozman merupakan ahli parlimen Labuan selama dua penggal di bawah kerusi Umno pada 2013 dan 2018.

Bagaimanapun, dia menyertai Warisan pada 2018 apabila PH menjadi kerajaan dan BN kalah dalam pilihan raya umum berkenaan.
Mk

Shafie dakwa keengganan Warisan terima MOU punca MP didakwa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Fesyen Ameera Khan disamakan karpet Nilai 3

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker