Penanda aras baharu bagi perkasa ekonomi Bumiputera

Penanda aras baharu bagi perkasa ekonomi Bumiputera

PENANDA aras dan sasaran baharu perlu dipertimbangkan bagi memperkasakan ekonomi Bumiputera berikutan cabaran berbeza yang dihadapi Malaysia hari ini berbanding 50 tahun yang lalu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, diakui bahawa penubuhan Komuniti Ekonomi Bumiputera adalah usaha nasional pelbagai dimensi, yang mana ia sangat penting untuk kestabilan dan pertumbuhan jangka panjang Malaysia.

Menurut beliau, jika Bumiputera akan menjadi kekuatan ekonomi yang meningkat, pelan yang dirancang dengan baik seperti Dasar Ekonomi Baru mesti dimodenkan.

“Memandangkan cabaran yang dihadapi Malaysia hari ini sangat berbeza berbanding 50 tahun lalu, penanda aras dan sasaran baharu perlu dipertimbangkan.

“Di dalamnya, kita mesti memperjuangkan dasar yang menekankan hasil, yang akan memberi manfaat kepada seluruh negara,” katanya pada Invest Malaysia 2021 Siri Maya 1 – Pembaharuan Ekonomi dianjurkan Bursa Malaysia Bhd bersama Maybank hari ini.

Tengku Zafrul berkata, sejak Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada 1971, kemiskinan dalam kalangan Bumiputera telah menurun sebanyak 89 peratus ke paras di bawah 7.2 peratus.

Beliau berkata, pada 2020, sebanyak 61.6 peratus Bumiputera bekerja dalam pekerjaan mahir dan 73.7 peratus isi rumah Bumiputera memiliki kediaman.

Mengenai isu pemilikan ekuiti, Tengku Zafrul berkata, instrumen dasar utama untuk meningkatkan pemilikan Bumiputera syarikat Malaysia merangkumi penubuhan agensi seperti Permodalan Nasional Bhd (PNB), yang menguruskan dana Amanah Saham Bumiputera, yang mana ia sangat berjaya.

Daripada menguruskan RM30 bilion aset pada 2001 kepada lebih RM323 bilion hari ini, PNB telah berkembang lebih 10 kali ganda, dan memiliki kira-kira 10 peratus syarikat tersenarai di Bursa Malaysia. Antara 2016 hingga 2020, RM52.4 bilion dividen diagihkan kepada lebih 12 juta pemegang unit,” katanya.

Dari segi penyertaan Bumiputera seperti dalam pembangunan modal insan, Tengku Zafrul berkata, hampir 290,000 Bumiputera telah mendaftar dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), pengurusan atau program profesional.

Pada masa sama, beliau berkata, lebih 28,000 menyertai program yang disediakan oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera.

Dari segi pendidikan tinggi, Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah memberikan biasiswa kepada 240,000 pelajar untuk menyelesaikan pengajian mereka antara 2016 dan 2020, katanya. E9

Penanda aras baharu bagi perkasa ekonomi Bumiputera


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tentera tembak diri sendiri, ibu mentua, selepas bertengkar dengan isteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker