Anaconda bertarung dengan caiman

Anaconda bertarung dengan caiman

BRASILIA, BRAZIL – Seorang jurugambar hidupan liar berjaya merakam detik-detik mencemaskan yang menyaksikan pertarungan sengit antara ular gergasi anaconda dengan seekor ‘caiman’, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Kim Sullivan, berpeluang menyaksikan pertarungan selama 40 minit itu September lepas ketika memburu harimau bintang menggunakan bot di kawasan Sungai Cuiaba, Brazil.



“Ia adalah satu kejadian yang jarang-jarang boleh dilihat.

“Melihat kedua-dua haiwan itu bertarung membuatkan saya berasa teruja. Caiman tersebut bergelut untuk melepaskan dirinya dalam pertarungan selama 40 minit itu,” kata Sullivan.

Tambah Sullivan, caiman tersebut kelihatan ‘tercungap-cungap’ untuk bernafas.

“Peluang untuk kedua-dua haiwan itu menang dalam pertarungan tersebut adalah sama banyak.



“Caiman itu secara perlahan-lahan menyelam ke dalam air selain anaconda itu turut kelihatan sukar untuk bernafas,” ujarnya.

Sullivan berkata, keadaan itu berulang selama beberapa kali sebelum caiman tersebut kembali ke tebing sungai dan anaconda menyusur masuk ke dalam sarangnya.

“Ia satu pertarungan yang seri. Tiada haiwan yang mati,” katanya. K Online

Anaconda bertarung dengan caiman




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tentera tembak diri sendiri, ibu mentua, selepas bertengkar dengan isteri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker