Resepi Peri-Peri Chicken Ala Nandos

Resepi Peri-Peri Chicken Ala Nandos

Fuh Peri-Peri Chicken oihhh. Siapa suka makan ayam Nandos? Ni ha, abang kau buat sendiri jer kat rumah. Benda boleh buat sendiri buat apa nak beli yer dak?

Nah cara-cara nak buat Peri-Peri Chicken Ala Nandos oleh SuperDaddy Khairul Abdullah

Bahan-bahan untuk projek ini ialah:

½ ekor ayam dipotong 4 dan dibersihkan

1 ulas bawang putih

3 ulas bawang merah

3 biji cili merah atau boleh ganti cili padi ikut kepedasan

2 sudu besar cuka makan

3 sudu minyak zaitun, kalau takde minyak masak pun ok.

3 sudu air

1 sudu kecil garam

1 sudu besar rempah Katy Perry, ehh.. chili peri dari Yasalma.

Cara nak melaksanakan projek ini dengan jayanya:

1. Kisarkan semua bahan-bahan di atas kecuali ayam okeh. Kalau kau kisar ayam tu nanti aku minta polis gi tangkap kau.

2. Ambil sebahagian bahan kisar tadi dan lumurkan pada ayam dan perap 1 jam. Kalau boleh perap 24 jam lagi cun. Sebahagian lagi simpan untuk buat sos cicah nanti.

3. Panggang ayam di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 225 darjah Celcius selama 30 minit. Kalau takde oven jangan susah hati, boleh sahaja panggang atas kuali.


Guna 1 sudu rempah peri-peri ni, lepas tu blend lahj bersama bawang, cuka, minyak zaitun cili dan bahan-bahan lain tadi.


Begini rupa dia. Aku pakai cili hijau jadi tak merah sangat rupa dia, kalau pakai cili merah memang nampak berapi lah. Dah kisar tu kau rasa dulu cukup tak masam manis dan masin dia tu. Sebab ini juga akan jadi sos cicah nanti.


Sapu atas ayam dan perap 1 jam atau lebih. Aku perap 20 minit jer bai, masa tak mengizinkan dan terus letak atas tray untuk masuk dalam oven. Oven tu preheat dulu yer. Sorry gambar masa dalam oven lupa ambik.


Yum yum, juicy ayam aku tu. Cicah dengan sos Katy Perry tadi, fuhhh.

Siap dan hidangkan bersama nasi atau fries dan coleslaw atau apa sahaja yang kau suka.

Rasa dia macama mana? Macam kau makan kat Nandos tu lah.

Resepi Khairul Abdullah

Resepi Peri-Peri Chicken Ala Nandos


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tentera tembak diri sendiri, ibu mentua, selepas bertengkar dengan isteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker