Rundingan rahsia PN dan PH dalam PRN Johor dinafikan Saifuddin

Setiausaha Agung gabungan Pakatan Harapan (PH) Saifuddin Nasution menyangkal dakwaan Ahli Parlimen Kuala Nerus Khairuddin Aman Razali yang mendakwa terdapat cadangan sebelum ini agar Perikatan Nasional (PN) mengadakan rundingan kerusi dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menentang BN pada pilihan raya negeri (PRN) Johor.

“Saya mengikuti kenyataan Khairuddin yang mendakwa wujud rundingan kerusi di antara PH dan PN bagi menghadapi PRN Johor.

“Dakwaan itu tidak benar sama sekali. Faktanya adalah PH termasuk Muda bertanding di semua 56 kerusi di Johor, dan bertembung dengan PN di semua kerusi tersebut,” katanya.

Dia berkata demikian ketika mengulas dakwaan Khairuddin yang hari ini mengumumkan keluar daripada PAS dan mengisytiharkan diri nya sebagai ahli parlimen Bebas.

Terdahulu, Khairuddin mendakwa terdapat cadangan agar PH dan PN, yang dianggotai oleh PAS mengadakan rundingan kerusi di PRN Johor.

Namun, katanya, PAS menolak cadangan itu atas dasar prinsip.

Sabtu lalu, BN memenangi PRN Johor dengan memenangi 40 daripada 56 kerusi dewan undangan negeri (DUN) itu.

Sementara PH pula menang 13 termasuk satu kerusi oleh Muda manakala PN hanya berjaya menguasai tiga kerusi, iaitu Bersatu mendapat dua dan PAS satu kerusi sahaja.

Rundingan rahsia PN dan PH dalam PRN Johor dinafikan Saifuddin

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Muhyiddin lari malam tewas secara keseluruhan dalam PRN Johor

Bangsa Johor tolak Pejuang, Mahathir sudah tidak releven

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker