Beliau sendiri juga sakit, foto2 pelakon ‘Black Panther’ lawat kanak2 kanser di Hospital cetus rasa hiba

Pagi ni, kita telah dikejutkan dengan berita pemergian Chadwik Boseman iaitu bintang filem Black Panther yang telah meninggal dunia pada usia 43 tahun.

Chadwick telah disahkan menghidapi kanser kolon tahap ketiga pada tahun 2016 lagi dan beberapa foto dirinya yang kelihatan kurus serta tidak bermaya juga turut tersebar sebelum ini.

Ziarah kanak-kanak menghidap kanser  di wad

Walaupun menderita penyakit kanser, namun, foto-foto mendiang melawat pesakit kanser kanak-kanak telah tular di media sosial sejak berita pemergiannya tersebar.



Tak tunjuk langsung diri sedang berjuang sakit

Menurut sumber yang diperoleh daripada Twitter, Chadwick telah hadir ke wad kanak-kanak yang menghidap kanser dan telah menghiburkan mereka dengan bertanya khabar serta menghulurkan hadiah.

Kisah dan foto-fotonya itu tersebar luas dan menjadi inspirasi buat semua kerana langsung tiak menunjukkan kesakitan yang ditanggung selama ini sehingga pemergiannya amat mengejutkan dunia.

Sumber: Twitter



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker