Sindiket pelacuran sewa banglo RM3,600 sehari jadi ‘sarang’
Sindiket pelacuran sewa banglo RM3,600 sehari jadi ‘sarang’
Satu sindiket pelacuran wanita warga Vietnam menyewa banglo mewah hanya untuk tempoh masa singkat dengan kadar RM3,600 sehari sebagai modus operandi supaya kegiatan itu tidak dihidu pihak berkuasa.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Mohamad Noor Yusof Ali berkata, serbuan dibuat di banglo terletak di Jalan Klang Lama itu selepas risikan terhadap kegiatan itu dilakukan selama beberapa hari.
Katanya, dalam serbuan berkenaan polis menahan 16 wanita warga Vietnam berusia antara 21 hingga 31 tahun selain lima lelaki tempatan yang berperanan sebagai “transporter” serta seorang lelaki tempatan yang juga ejen bagi sindiket pelacuran berkenaan berusia antara 21 hingga 33 tahun.
Noor berkata, siasatan awal dilakukan mendapati sindiket pelacuran itu mempromosikan kegiatan berkenaan menerusi media sosial termasuk aplikasi WeChat, WhatsApp, Telegram dan Instagram.
“Ejen sindiket ini akan membuat tawaran dengan pelanggan di media sosial sebelum menetapkan lokasi seperti kondominium serta banglo mewah dan harga (bagi khidmat pelacur).
“Dalam serbuan ini, perkhidmatan wanita berkenaan bagi menemani pelanggan minum (arak) serta berhibur selain perkhidmatan seks dikenakan bayaran antara RM1,300 hingga RM2,500 bagi setiap seorang (pelacur) bagi tempoh masa bermula malam ini (semalam) hingga tengah hari esok (hari ini),” katanya menurut laporan Harian Metro.
Beliau berkata, rumah banglo mewah itu turut dilengkapi dengan peralatan disko, meja permainan pool dan lain-lain kelengkapan untuk aktiviti hiburan.
Katanya, pemeriksaan dilakukan mendapati hanya seorang daripada 16 wanita warga Vietnam yang ditahan tidak mempunyai pasport, pada masa sama siasatan turut dilakukan bagi mengesan sekiranya ada berlaku kegiatan penyalahgunaan dadah.
“Semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan; Seksyen 55B(1), Seksyen 15(1) dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/63, serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya. FMT
Sindiket pelacuran sewa banglo RM3,600 sehari jadi ‘sarang’
Baca Artikel Menarik :
- ‘Saya ada fakta kukuh Pulau Batu Puteh milik Malaysia’
- Ini amaran Polis kepada yang nak rentas negeri
- Pasport Jepun, Singapura terbaik dunia
- Malaysia Airlines tawar tambang serendah RM59
- Rentas negeri, ini apa yang Najib kata
- Lawatan mengejut bukan cari salah sesiapa – Khairy
- Wanita pedofil rakam aksi tidak senonoh depan kanak-kanak
- Pernah Bermain Sebagai ‘Striker’ UM, Perkongsian Dr Adham Baba Ini Undang Perhatian Netizen (Video)
- Shah Rukh Khan tertekan! Tidak makan, tidur sejak anak ditahan kes dadah
- Pakcik Melayu nyanyi lagu Kantonis hibur pesakit Cina (Video)
- Zahid Hamidi dapat semula pasport antarabangsanya
Layari Laman Facebook MYKMU
Fesyen Ameera Khan disamakan karpet Nilai 3
You must be logged in to post a comment.