Lebih setengah juta jemaah umrah Malaysia tunggu giliran

 

PUTRAJAYA: Lebih setengah juta bakal jemaah umrah dari negara ini diminta bersabar menunggu tempoh giliran sebelum dapat menunaikan ibadah tersebut di Tanah Suci.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji Malaysia (Papuh), Datuk Seri Razali Mohd. Sham berkata, angka jemaah umrah itu bagaimanapun dijangka berkurangan susulan pelbagai syarat ketat dikenakan kerajaan Arab Saudi termasuk had umur 18 tahun sehingga 60 tahun.



Menurutnya, pengumuman kerajaan membenarkan individu lengkap vaksin termasuk perjalanan ke luar negara yang turut meliputi ibadah umrah memberi kelegaan kepada operator umrah kerana mereka dapat kembali menggunakan bayaran yang dibuat kepada pihak muassasah Asia Tenggara awal tahun lalu.

Pada masa sama, beliau optimis lebih 400 agensi pelancongan yang juga anggota Papuh, sudah bersiap sedia mengatur semula para jemaah setelah tertangguh selama hampir dua tahun.

“Apa yang penting, kami berharap setiap bakal jemaah menjaga kesihatan dan prosedur operasi standard sepanjang berada di sana kerana kali ini protokol memang amat tegas,” katanya di sini semalam.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran untuk individu yang sudah pun lengkap dua dos vaksin, dapat merentas negeri dan ke luar negara setelah lebih 18 bulan semua pintu sempadan negara ditutup akhir Mac tahun lepas.



Setiap tahun, kerajaan Arab Saudi merekodkan hampir 300,000 rakyat Malaysia beragama Islam datang menunaikan umrah dan ziarah di dua kota suci Tanah Haram di negara tersebut.

Bagaimanapun ekoran isu Covid-19, umat Islam dari Malaysia dilarang ke Arab Saudi, malah sekatan itu menyaksikan lebih 64,000 bakal haji giliran tahun lalu dan tahun ini gagal ke sana.

Kerajaan Asia Barat itu mula membuka kemasukan jemaah asing sejak 10 Ogos lalu asalkan lengkap imunisasi sama ada vaksin Pfizer, Moderna, AstraZeneca atau Johnson & Johnson.

Malaysia malah tidak termasuk dalam senarai 13 negara dilarang memasuki Arab Saudi atau sebelum tiba di negara itu dikehendaki kuarantin selama 14 hari di sebuah negara ketiga. – UTUSAN ONLINE



Lebih setengah juta jemaah umrah Malaysia tunggu giliran


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


3 juta penduduk Lembah Klang terlibat gangguan bekalan air



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker