Matikan suis mesin penapis air ketika tiada bekalan air
Matikan suis mesin penapis air ketika tiada bekalan air
Penduduk khususnya di Lembah Klang yang berdepan gangguan bekalan air disarankan agar menutup segala suis berkaitan mesin penapis bagi mengelakkan sebarang kemungkinan berlakunya litar pintas.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, ini berikutan ketiadaan air menyebabkan mesin tersebut tidak dapat beroperasi dengan sempurna.
Katanya, langkah berjaga-jaga harus dilakukan dari segi alatan memasak mereka.
“Kita berharap masyarakat tidak cuai dalam tempoh ini kerana sesuatu proses pemadaman seperti rumah kelas satu memerlukan sehingga 3,000 liter air untuk tujuan pemadaman.
“Namun dibimbangkan sekiranya berlaku kebakaran melibatkan deretan rumah berdekatan atau setinggan yang mungkin menggunakan air yang lebih banyak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Jelas beliau, untuk sebuah kilang seperti kebakaran di Kampung Telok Gong dekat sini hari ini memerlukan 10 tangki air dengan hampir 180,000 liter air kesemuanya.
Norazam bagaimanapun menegaskan sumber bekalan air bagi kegunaan pihaknya masih mencukupi setakat ini.
Terdahulu, sebanyak 998 kawasan di tujuh wilayah di Lembah Klang dijangka akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula hari ini.
Tujuh wilayah itu melibatkan Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor.
Gangguan itu ekoran pelaksanaan kerja penambahbaikan dan penyenggaraan aset kritikal yang akan menyebabkan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1). K Online
Baca Artikel Menarik :
- Kami minum teh tarik saja – Tok Mat
- Pemimpin Dap setuju mungkin kehilangan Pulau Batu Puteh kerana Mahathir
- Video erotik Syahrini disebar bapa angkat
- CEO LHDN letak jawatan?
- Jelutong pun akan duduk – Apek Cina
- Harta karun di Pulau Nangka hilang?
- Saya tidak akan guna watikah calon PRU untuk balas dendam – Zahid
- Pertembungan heavyweight di Parlimen Tambun
- Meninggal dunia selepas dos kedua vaksin campuran
- Bersatu enggan bayar Haniff Khatri yuran guamannya
- Ribut Solar Landa Bumi, Orang Ramai Diminta Tidak Panik
Layari Laman Facebook MYKMU
Fesyen Ameera Khan disamakan karpet Nilai 3
You must be logged in to post a comment.