Man Raja Lawak gemuk kembali kerana mulut orang

Man Raja Lawak gemuk kembali kerana mulut orang

Tak tahan asyik dituduh potong usus, ambil barang terlarang untuk kurus, Man Raja Lawak sanggup gemokkan diri balik!

PELAWAK, Man Raja Lawak sebelum ini pernah dikecam apabila didakwa melakukan pembedahan potong usus sebagai alternatif untuk menurunkan berat badan dengan cepat.

Sungguhpun dia menafikan sekeras-kerasnya tuduhan liar itu, Man yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30 kilogram sebelum, dilihat kembali mengemokkan diri.

Tindakan itu dibuat berikutan ingin membuktikan kepada pihak yang masih enggan percaya dengan perubahan dirinya tanpa menjalani pembedahan atau pengambilan bahan terlarang.

“Terkini 11 Oktober, isnin, berat saya 91 kilogram. Sebulan juga saya hentam makan ‘kaw-kaw’ semata nak buktikan saya tak potong usus.

“Mustahil usus boleh panjang balik dalam masa sebulan kan? Lepas ni, kalau saya kurus cepat, jangan cakap saya ambil ‘barang’ atau kena penyakit kencing manis,” tulisnya di Instagram. Utv

Man Raja Lawak gemuk kembali kerana mulut orang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Fesyen Ameera Khan disamakan karpet Nilai 3

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker