PM bentang RMK12 di Dewan Negara

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini membentangkan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Negara pada Selasa.

Rancangan Malaysia dari 2021 hingga 2025 itu sebelum ini diluluskan di Dewan Rakyat Khamis lepas selepas dibentang pada 27 September lepas dan dibahas 106 Ahli Parlimen.

Ia yang menjadi landasan hala tuju pembangunan negara untuk lima tahun selepas ini akan melalui sesi perbahasan Ahli Dewan Negara sebelum diluluskan di peringkat Dewan Negara.Ismail Sabri ketika membentangkan perancangan lima tahun berkenaan berkata, RMK12 adalah pelan pembangunan menyeluruh bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dengan pengagihan peluang dan hasil lebih saksama.

Bermatlamatkan ‘Keluarga Malaysia Makmur, Inklusif, Mampan’, beliau berkata, pembaharuan yang diperkenalkan dalam RMK12 meliputi tiga tema dan empat pemangkin dasar serta 14 pemacu perubahan.

“Kerajaan mengambil pendekatan keseluruhan negara melibatkan seluruh jentera dan agensi kerajaan, sektor swasta, akademia, pertubuhan masyarakat sivil (atau CSO) serta rakyat dalam penggubalan dan pelaksanaan rancangan ini.

“Saya sedar Keluarga Malaysia meletakkan harapan yang tinggi kepada kerajaan untuk menangani krisis berkembar ini (ekonomi dan kesihatan). Kerajaan akan memperuntukkan RM400 bilion bagi memenuhi keperluan RMK12, terutamanya untuk membiayai projek pembangunan,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, dalam keadaan kewangan semasa yang terhad, tumpuan perbelanjaan pada tahun ini dan 2022 adalah untuk melindungi nyawa dan kehidupan serta memenuhi komitmen projek sambungan.

PM bentang RMK12 di Dewan Negara


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tiada istilah UMNO lama atau baharu, bezanya perjuangan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker