Dewan Rakyat lulus RUU tambah hutang negara

Dewan Rakyat lulus RUU tambah hutang negara

Dewan Rakyat hari ini meluluskan pindaan Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Covid-19) untuk menambah perbelanjaan kerajaan sebanyak RM45 bilion.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Azhar Harun, meluluskan usul itu menerusi undi suara selepas mendapati lebih suara bersetuju berbanding tidak bersetuju selepas bacaan kali ketiga.

Rang undang-undang berkenaan yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz, dibahaskan oleh 30 wakil rakyat kerajaan dan pembangkang yang semuanya dilihat bersetuju dengan pindaan berkenaan namun menggesa Putrajaya membelanjakan dana dengan berhemah.

Ketika penggulungan, Tengku Zafrul berkata, anggaran perbelanjaan tambahan itu merangkumi RM12.7 bilion untuk menampung peruntukan tambahan Program Subsidi Upah, RM15.8 bilion peruntukan tambahan Bantuan Prihatin Nasional dan projek berskala kecil bagi kontraktor G1 hingga G4 (RM2 bilion).

Geran PRIHATIN PKS (RM3.6 bilion), peningkatan had amaun pinjaman mikro kredit (RM1 bilion), sokongan bantuan sosial untuk golongan mudah terjejas (RM5.9 bilion) dan dana perbelanjaan berkaitan Covid-19 kepada Kementerian Kesihatan (RM4 bilion).

Selain meningkatkan had siling perbelanjaan, pindaan rang undang-undang itu juga bertujuan menaikkan had statutori hutang semasa daripada 60 kepada 65% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). FMT

Dewan Rakyat lulus RUU tambah hutang negara


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Adik maut selepas bertengkar pinjam wang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker