Resepi Kerabu Maggi Siam Viral

Resepi Kerabu Maggi Siam Viral

Kerabu maggi siam boleh didapati di kebanyakkan kedai makan. Tetapi adalah lebih bagus jika kita dapat menyediakannya sendiri di rumah.

Ini kerana jika kita sediakannya sendiri di rumah, pasti kita dapat menyediakannya mengikut citarasa kita yang berbeza dari orang lain.

Resepi kerabu maggi siam ini telah dikongsikan oleh Nor Khomariah Norrohman dan telah mendapat banyak perkongsian. Mari kita lihat resepi ini dengan lebih lanjut.

Bahan – bahan:

Maggi thai
Seafood
Jejari ketam
Daun ketumbar
Daun bawang
Cili padi
Sedikit gula (jika perlu)
2 sudu besar sos ikan
Bawang besar (mayang)
Tomato (potong dadu)
Limau nipis (ambik jusnya jika mahu masam)

Cara penyediaannya:

Rebus dan toskan maggi thai.
Rebus dan toskan udang dan sotong. Simpan sedikit air rebusan untuk digaulakan bersama dengan maggi.
Potong daun ketumbar, daun bawang dan cili padi. Potong dadu tomato.
Gaul semua bahan di atas berserta dengan rempah maggi.
Siap!

Ha senang kan resepi kali ini. Selain daripada resepi ini, ada variasi jenis resepi yang anda boleh cuba. Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini bersama rakan anda!

Resepi Kerabu Maggi Siam Viral


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker