Benarkah kajian arkeologi Tamadun Sungai Batu tak dapat sokongan kerajaan?

SAYA tidak pasti apakah benar kajian arkeologi Tamadun Sungai Batu tidak mendapat sokongan pihak kerajaan seperti yang tular.

Mungkin Prof Mokhtar yang merupakan ketua pasukan kajian ini boleh berikan pengesahan dan penjelasan lanjut, insya-Allah kita akan bantu uar-uarkan.

Amatlah malang jika benar kajian terhadap Tamadun Sungai Batu tidak dapat diteruskan kerana ianya sangat penting kepada negara kita, lebih-lebih lagi bangsa kita. Ianya dikatakan mampu jadi ‘game changer’ kepada naratif sejarah Nusantara, malah Asia.

Lihatlah negara-negara lain, terutamanya negara-negara maju yang mana mereka memandang serius akan kajian-kajian tamadun lampau bangsanya. Ianya terbukti menjadi pemangkin kepada semangat juang rakyat mereka dalam mencipta kejayaan-kejayaan dalam segenap aspek.

Malah, sebenarnya rakyat Malaysia sudah sekian lama ternanti-nanti akan penemuan-penemuan baharu dalam kajian ini. Oleh itu, sangatlah malang jika ianya tidak mendapat sokongan kerajaan sendiri, yang sepatutnya menjadi pihak yang paling teruja dalam hal ini.

Aminuddin Yahaya
Pengerusi PEMBELA
24 September 2021


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Adun Dap Melaka marah surat dihantar tanpa pengetahuannya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker