Tinggal 0.9 peratus capai vaksinasi 90 peratus populasi dewasa

PUTRAJAYA – Hanya 0.9 peratus diperlukan bagi mencapai 90 peratus populasi dewasa negara ini lengkap dos suntikan vaksin Covid-19.

Berdasarkan laman sesawang Covid Now yang dikemaskini jam 11.59 malam Khamis, seramai 20,856,337 individu atau 89.1 peratus populasi dewasa telah lengkap dos suntikan.

Terdapat 1,296,965 atau 5.5 peratus lagi mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Capaian 90 peratus populasi lengkap dos suntikan diperlukan bagi membolehkan aktiviti rentas negeri dibenarkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka akan mengumumkan kebenaran itu dalam masa terdekat.

Kali terakhir rakyat dibenar melakukan perjalanan rentas negeri adalah Mac lalu sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dikuatkuasakan.

Bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK-Remaja), seramai 2,156,346 individu berusia 12 hingga 17 tahun atau 4.7 peratus telah lengkap dos suntikan manakala 2,008,408 remaja baru mendapat satu dos.

Keseluruhan populasi penduduk Malaysia yang lengkap suntikan dos vaksin adalah 21,004,275 individu atau 64.3 peratus.

Mengikut unjuran dalam tempoh 40 hari, negara akan mencapai 80 peratus populasi penduduk lengkap suntikan dos pada 17 November depan.

Sebanyak 196,647 dos harian telah diberikan pada Khamis menjadikan jumlah keseluruhan sejak PICK dilancarkan pada Februari lalu adalah sebanyak 45,204,479 dos vaksin Covid-19.

Tinggal 0.9 peratus capai vaksinasi 90 peratus populasi dewasa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


5 reformasi hentikan sarkas katak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker