PRN Melaka: Nyawa rakyat dipertaruh demi kerakusan kuasa
1. GEGAR seketika bumi bertuah ini bila mana para barisan hadapan serta seluruh rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat sedang sibuk berusaha untuk mencapai imuniti kelompok, tiba-tiba sahaja kita dikejutkan dengan berita DUN Melaka sudah dibubarkan atas sebab tiada undi percaya yang berbaki kepada pihak pemerintah kerajaan negeri.
2. Situasi ini bukan sahaja menandakan ketidakstabilan politik yang tidak berkesudahan, tetapi juga umpama ‘mimpi ngeri’ kepada majoriti rakyat kerana bimbang risiko yang akan berlaku jika tetap ingin mengadakan pilihan raya negeri dalam fasa wabak COVID-19 masih belum reda secara total. Kita dapati rakyat rata-rata melahirkan kebimbangan jika peristiwa kes positif COVID-19 mendadak di seluruh negara seperti yang terjadi selepas pasca PRN Sabah sebelum ini.
3. Seluruh pemimpin kerajaan perlu akui kita masih belum benar-benar berjaya melepaskan diri dari pandemik ini. Walaupun jumlah kes setiap hari sudah memperlihatkan penurunan, kita tidak boleh menafikan akan wujudnya risiko jika pilihan raya negeri ingin diteruskan. Kita merasakan darurat politik masih pilihan terbaik buat masa ini.
4. Para pemimpin perlulah berobjektif dalam setiap tindakan. Pilihan raya negeri adalah pilihan demi kepentingan parti politik semata mata-mata. Jika benar berlaku korupsi seperti yang diperkatakan, kita mohon gunalah saluran undang-undang sebaiknya malah cabarlah individu-individu tersebut dengan cara yang tepat dan tidak memudaratkan rakyat dalam jangka masa panjang.
5. Bajet atau peruntukan untuk mengadakan pilihan raya negeri juga lebih baik disalurkan untuk bantuan kepada rakyat yang masih lagi ramai terkesan akibat wabak COVID-19 ini secara maksima dan meluas sehingga tercatat ‘zero’ masalah yang berkait survival dan kebajikan rakyat. Bayangkanlah betapa besarnya manfaat yang boleh dirasai rakyat jika benar rakyat terbukti menjadi keutamaan lebih daripada kedudukan sendiri.
6. Kita juga sangat-sangat bimbang jika kes seperti ini ‘berjangkit’ dan menjadi alasan kerajaan-kerajaan tertentu di negeri lain berpotensi atau mencari ruang-ruang yang boleh mereka lakukan perkara yang sama semata-mata untuk memastikan kedudukan mereka kukuh dan stabil selama mana mereka inginkan.
7. Walaupun pembubaran DUN negeri tersebut sudah diwartakan, BERJASA masih mengharapkan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong mempunyai kuasa untuk mengisytihar darurat untuk negeri Melaka bagi menangguhkan terlebih dahulu pilihan raya tersebut sehingga tarikh sama Dewan Rakyat seluruhnya akan dibubarkan di peringkat Persekutuan kelak.
HAJI ZAMANI BIN IBRAHIM
Presiden Parti BERJASA
PRN Melaka: Nyawa rakyat dipertaruh demi kerakusan kuasa
Baca Artikel Menarik :
- Jalan berlubang telefon Shahidan, 019-454 5111
- Habibul Rahman ambil tindakan undang-undang terhadap Syed Saddiq
- Pandora Papers, ini apa kata Najib
- Mohamad Ali cabar Idris bertanding kawasan sama
- Menghadap Agong, Dap minta Norhizam tidur awal, jangan mimpi
- Sesungguhnya azab neraka itu pedih tak terperi – Netizen
- Perbuatan lelaki cabul pekerja wanita kedai vape dirakam CCTV
- Pasangan kekasih jatuh tergolek ketika ingin berpelukan
- Penduduk berang, bakar pencuri motosikal hidup-hidup
- Meeting pakai kain batik, Mat Salleh raih perhatian netizen
- Resepi Kari Tulang Rebung, Sedap Betul Lauk Ni
Layari Laman Facebook MYKMU