Singapura tangguh hukuman mati rakyat Malaysia

SINGAPURA – Mahkamah Tinggi Singapura pada Isnin membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap seorang warga Malaysia yang sepatutnya menjalani hukuman gantung pada Rabu (10 November) atas sabitan mengedar dadah.

Keputusan itu dimuat naik di Facebook oleh M Ravi, peguam kepada lelaki yang dihukum mati iaitu Nagaentran K Dharmalingam, 33.

“Mahkamah Tinggi baru sahaja memerintahkan penangguhan pelaksanaan sementara menunggu perbicaraan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi,” katanya.



Prosiding bagi permohonan mencabar pelaksanaan penghakiman didengar melalui aplikasi zoom hari ini, dua hari sebelum tarikh pelaksanaan hukuman gantung pada 10 November.

Nagaentran ditahan pada tahun 2009 kerana membawa masuk 42.7 gram (1.5 aun) heroin ke Singapura. – Bernama

Singapura tangguh hukuman mati rakyat Malaysia


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nik Abduh, Khairuddin kalah kerana bukan team presiden?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker