Pengerusi MARA kata tiada istilah guna ‘kabel’, pilih kasih
PETALING JAYA: Tiada istilah guna kabel, pilih kasih malah kononnya mengutamakan anak orang kenamaan (VIP) bagi sebarang penajaan pinjaman pelajaran di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) seperti didakwa sesetengah pihak, kata Pengerusi MARA Azizah Mohd Dun.
Beliau berkata, pemberian tajaan pelajaran berkenaan adalah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan selama ini, terutama dari aspek kecemerlangan dalam keputusan akademik.
“Anak VIP atau daripada keluarga T20 pun, kalau tidak layak dengan kriteria kita tetapkan tetap tidak akan dapat tajaan atau pinjaman,” katanya kepada Bernama sebagai mengulas hantaran menerusi Twitter kononnya ada pelajar tajaan agensi itu yang didakwa tidak layak mendapat kemudahan tersebut kerana terdiri daripada golongan T20 dan menggunakan ‘kabel’.
Azizah berkata, tuduhan seperti yang dilemparkan menerusi media sosial itu adalah tidak patut memandangkan MARA sejak sekian lama telah banyak menyumbang kepada pembangunan Bumiputera dalam pelbagai aspek termasuk pendidikan.
MARA menyediakan penajaan pelajaran berbentuk pinjaman boleh ubah kepada pelajar cemerlang berasaskan kelayakan akademik yang diberikan mengikut peringkat pengajian bermula dari program persediaan, ijazah sarjana pertama, pengajian sarjana hingga ke peringkat doktor falsafah (PhD).
Pinjaman boleh ubah bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pelajar setelah tamat pengajian, tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.
Azizah berkata, bagi tempoh Januari hingga 30 September lalu, daripada 50,555 pelajar tajaan MARA dalam dan luar negara, sebanyak 89% atau 44,994 pelajar daripadanya merupakan golongan B40, manakala M40 pula 10% atau 5,055 pelajar dan hanya 1% atau 506 pelajar daripada kategori T20.
Ahli Parlimen Beaufort itu, berkata MARA melalui Bahagian Penganjuran Pelajaran (BPP) menerima RM2 bilion peruntukan belanja pembangunan daripada kerajaan tahun ini khusus untuk program pinjaman pelajarannya.
Beliau berkata, jumlah berkenaan adalah untuk membiayai pinjaman pelajaran bagi anggaran 60,000 pelajar, iaitu 35,000 pelajar sedia ada dan 25,000 pelajar baru di dalam dan luar negara.
“Memang banyak kita belanja untuk pendidikan sebab melalui pendidikan kita dapat membina insan berjaya, cemerlang dan dapat pulangkan semula untuk menyumbang kepada negara,” katanya.
Pengerusi MARA kata tiada istilah guna ‘kabel’, pilih kasih
Baca Artikel Menarik :
- Rosmah menangis ketika perbicaraan
- Najib saran tangguh PRN di Melaka
- Akaun bank tinggal RM1, macam mana nak beli Datuk?
- Keluarga 69! Wanita Mengaku Sanggup Kongsi Suami Dengan Kakak, Ibu Sendiri [VIDEO]
- Hina Kisona, berdepan minta maaf – Roslin Hashim
- Bekas Pelakon Filem Lucah Tikam Anak Umur 2 tahun Kerana Balas Dendam
- Doktor Di Jepun Kesan Satu Lagi Gejala Covid-19, Kali Ini Tak Selesa Di Dubur…
- Nadia Brian dijodohkan dengan Iqram sebab perangai pelik oleh netizen
- Kenyataan saya ‘dipotong’ sampai orang bukan Islam salah faham – Syakir Nasoha
- Kes suami Zeti apa jadi bila mahu didakwa?
- Resepi kacang pool sedap, pasti tambah
Layari Laman Facebook MYKMU
UMNO Melaka Alu-alukan Kerjasama PN, MN Hadapi PRN – Ab Rauf
You must be logged in to post a comment.