Umno tahu mana intan, mana kaca, hanya terima ahli dan pimpinan Bersatu yang jujur, kata Zahid

Sebaran :

Umno tahu mana intan, mana kaca, hanya terima ahli dan pimpinan Bersatu yang jujur, kata Zahid

Umno hanya akan menerima ahli dan pemimpin Bersatu yang benar-benar ikhlas dan jujur kembali ke pangkuan parti, kata Presidennya Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata setiap permohonan akan diteliti dahulu dan setiap sudut diperhalusi termasuk kemungkinan ia suatu `liabiliti atau aset’ kepada Umno.

“Ahli Umno usah bimbang. Presiden Umno sama seperti anda tidak pernah melupakan bagaimana sebahagian mereka meninggalkan perjuangan Umno untuk bersama Bersatu,” katanya di Facebooknya.

Dalam pada itu, Zahid berkata terdapat beberapa faktor pemimpin dan ahli Bersatu meninggalkan Umno sebelum dan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata ini kerana kenaifan apabila turut terpedaya dengan dakyah dan tohmahan Bersatu ke atas Umno serta pimpinannya.

“Kedua membabitkan jiwa kecil ekoran takut berdepan serangan maha zalim kerajaan baharu sejurus Umno tewas dalam PRU14.

“Ketiga mementingkan diri demi mengekalkan keselesaan dan kesenangan hidup seperti yang kita sedang saksikan ketika ini,” katanya.

Zahid berkata, Umno pastinya sangat berhati-hati dalam menerima sebarang permohonan pimpinan Bersatu walau parti berlapang dada dalam perkara ini.

“Insya-Allah Umno tahu yang mana intan dan yang mana kaca, yang mana jujur dan yang mana beragenda songsang mahu kembali ke pangkuan parti.

“Justeru Setiausaha Agung Bersatu, Hamzah Zainuddin yang kelihatan sangat kurang senang dengan perkembangan itu jangan terlalu khuatir dan risau.

“Sebilangan ahli dan pimpinan Bersatu merisik peluang kembali kepada Umno bukan propaganda politik, tetapi Umno akan terima yang jujur sahaja,” katanya.

Terdahulu, Zahid berkata Umno tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Dengan ketetapan dibuat Zahid itu, PRN Melaka akan menjadi pilihan raya pertama menyaksikan Umno bertanding menentang Bersatu sejak “Langkah Sheraton” yang menyaksikan kedua-dua parti itu bergabung untuk menjatuhkan Pakatan Harapan (PH) tahun lalu.

Umno dan Bersatu adalah sebahagian daripada kerajaan persekutuan yang kini dipimpin Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob daripada Umno.

Namun, kedua-dua parti tegang dalam banyak hal, dengan peristiwa besar termasuklah peranan Umno dalam memaksa Muhyiddin Yassin, yang merupakan Presiden Bersatu, berundur sebagai Perdana Menteri pada Ogos.

Perhimpunan Agung Umno awal tahun ini juga memutuskan bahawa parti itu akan memutuskan hubungan politik dengan Bersatu pada pilihan raya akan datang. FMT

Umno tahu mana intan, mana kaca, hanya terima ahli dan pimpinan Bersatu yang jujur, kata Zahid


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pukul rakan hingga mati tak puas hati upah baiki tandas


Sebaran :

Leave a Reply