Idris Haron “Trouble Maker” Atau “Trojan Horse”
Oleh Nurul Aisyah
RAKYAT sedang melihat tindak tanduk rakus ahli politik yang semborono “melompat” ke sana dan sini semata-mata demi memenuhi nafsu serakah dalam perebutan kuasa. Ekonomi sedang tenat. Rakyat menderita tapi fokus diberi pada konflik politik pula.
Pergolakan politik di Melaka dicetuskan oleh Datuk Seri Idris Haron, Datuk Norhizam Hassan Baktee, Datuk Noor Effandi Ahmad dan Datuk Nor Azman Hassan.
Desas desus bertiup kencang mengatakan Idris Haron mahu menjadi Ketua Menteri Melaka sekali lagi. Oleh itu, beliau dilihat sebagai “Trouble Maker”.
Dalam masa yang sama, Idris Harun ini dikatakan sebenarnya merupakan “Trojan Horse” UMNO yang ditugaskan untuk menghancurkan Pakatan Harapan (PH) pula.
Memang sangat bercanggah dan mengelirukan perkara ini.
Memetik sumber, tindakan mengejut Idris Haron tersebut dilihat sangat mencurigakan. Berdasarkan sumber, Idris Haron adalah “Trojan Horse” UMNO untuk pelingkupkan PH. Walau pun Idris mengumumkan tarik sokongan dan akibatnya beliau kena pecat dari UMNO, tapi perlu kita ingat bahawa jentera pilihanraya Idris masih gagah dan mereka dikatakan telah diarahkan untuk membenamkan calon PH dalam PRN Melaka nanti.
Kapasiti Idris haron sebagai bekas Ketua Menteri Melaka dan bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Melaka menjadikan beliau mampu mengerakkan jentera pilihan raya UMNO yang ada sekarang. Tambahan pula, orang-orang Idris dikatakan sudah menyusup secara ‘underground’ dalam PH. Oleh itu, PH bakal kena “gulai” nanti.
Menurut sumber tersebut lagi, jika PH dimalukan dalam PRN Melaka, dah tentulah besar kesannya ketika PRU 15 nanti.
Sekarang ni rakyat sudah benar-benar keliru. Idris Harun ini “Trouble Maker” atau pun “Trojan Horse”?
You must be logged in to post a comment.