Satu ubat RM50,000 – Elyana

Satu ubat RM50,000 – Elyana

Penyanyi, Elyana, 34, dicadangkan doktor untuk menggunakan satu ubat khas dalam sesi kedua rawatan kimoterapi yang akan dijalaninya, Jumaat ini.

Bagaimanapun, harga ubat itu agak mahal dan mencecah RM50,000 untuk satu rawatan.

Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal berkata, ubat itu perlu digunakan untuk lima kali rawatan dan tentu kosnya sangat tinggi.

“Saya kini dalam perbincangan dengan pihak pengeluar ubat itu mengenai harga atau mendapatkan tajaan separuh harga,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, dalam situasi sekarang yang menyebabkan banyak pendapatannya merosot, kos rawatan yang tinggi agak menggusarkan.

“Memang pening kepala juga sebab dalam keadaan sekarang, saya sebagai artis pun tak dapat bekerja seperti sebelum ini. Jadi, punca pendapatan terjejas,” katanya.

Berkongsi mengenai keadaan kesihatannya selepas menjalani sesi pertama rawatan kimoterapi minggu lalu, Elyana berkata, dia mengalami beberapa kesan sampingan antaranya rabun yang semakin teruk.

“Selepas menjalani kimoterapi pertama, badan saya memang agak lemah. Perut pula rasa agak keras dan itu sedikit sebanyak mengganggu pernafasan.

“Paling saya rasakan adalah mata saya semakin kabur dan itu menyebabkan saya sakit kepala. Kadang-kadang, tengok telefon pun boleh pening. Untuk sel kanser itu mengecut atau tidak, saya belum dapat apa-apa maklumat daripada doktor memandangkan ini baru sesi pertama,” katanya.

Selain itu, Elyana juga menjaga kuantiti makanannya untuk memastikan perut serta prosesnya pernafasannya lancar dan selesa.

“Mungkin kerana steroid yang diberikan doktor membuatkan saya rasa lapar. Tapi, pada masa sama, saya menjaga pengambilan makanan kerana kalau makan berlebihan pun membuatkan perut saya rasa tak selesa. Apa pun, selepas kimoterapi, saya kena tahu bagaimana kesannya kepada diri saya,” katanya.

Elyana menghidap kanser limfoma tahap empat sejak 10 tahun lalu dan pertama kali mendedahkan mengenai penyakit itu di konsert Gegar Vaganza musim keempat yang disertainya pada 2017. HM

Satu ubat RM50,000 – Elyana


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker