76 maut direkodkan semalam, paling rendah dalam 3 bulan

Sebaran :

76 maut direkodkan semalam, paling rendah dalam 3 bulan

Repositori data Github Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 76 korban dicatatkan pada 4 Okt, menjadikan jumlah kematian terkumpul setakat ini menjadi 26,759.

Ini adalah jumlah kematian paling rendah yang dilaporkan dalam tempoh 92 hari.

Data itu juga memaparkan – buat pertama kali sejak 25 Julai – jumlah kematian berada di bawah 100 orang. Pada 25 Julai lalu sebanyak 92 kematian dilaporkan oleh KKM.

Daripada kematian yang baru dilaporkan semalam, 19.7 peratus atau 15 orang meninggal dunia sebelum mereka dapat menerima rawatan di hospital.

Tiga belas orang atau 17.1 peratus daripada korban semalam adalah di Perak, manakala selebihnya di Sarawak (11), Kelantan (10), Johor (9), Sabah (9), Pulau Pinang (5), Pahang (4), Terengganu (4), Kedah (3), Kuala Lumpur (3), Selangor (2), Melaka (1), Negeri Sembilan (1) dan Perlis (1).

Tidak ada kematian baru dilaporkan di Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 68 daripada 76 kematian yang dilaporkan atau 89.5 peratus berlaku dalam tujuh hari terakhir.

Baki kematian berlaku lebih daripada seminggu yang lalu tetapi hanya direkodkan semalam kerana kelewatan dalam pelaporan data.

Secara purata 296 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam 30 hari terakhir berbanding dengan purata tujuh hari sebanyak 152, yang menunjukkan aliran menurun.

Sehingga semalam, terdapat 142,860 kes Covid-19 yang aktif. Ini adalah pengurangan 19.5 peratus daripada 177.560 jangkitan aktif seminggu yang lalu.

Berbanding dengan 30 hari yang lalu, jumlah kes aktif telah menurun sebanyak 44.3 peratus daripada 256,305.

Kemas kini KKM selepas tengah malam juga memberikan gambaran lebih lanjut mengenai kadar jangkitan Covid-19 baru semalam.

Daripada 8,075 kes baru, sejumlah 731 daripadanya dapat dikesan ke kluster Covid-19 yang sedang berlangsung.

Daripada kes berkaitan kluster, 613 (83.9 peratus) berasal dari tempat kerja sementara 73 (10.0 peratus) berasal dari penularan komuniti.

Sebanyak 25 lagi (3.4 peratus) berasal dari kelompok yang berkaitan dengan kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua. Mk

76 maut direkodkan semalam, paling rendah dalam 3 bulan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta


Sebaran :

Leave a Reply