Facebook, Instagram, WhatsApp kembali pulih selepas hampir 6 jam

Pengguna WhatsApp, Facebook dan Instagram dapat menarik nafas lega apabila ketiga-tiga aplikasi popular itu sudah boleh diakses selepas hampir enam jam gagal berfungsi secara tiba-tiba.

Pada malam Isnin, ribuan warganet kecoh apabila tiga aplikasi yang dimiliki Facebook itu gagal diakses menyebabkan penggunanya tidak dapat mengikuti perkembangan terbaharu.

Masalah tersebut dikesan kira-kira jam 11.30 malam di mana mesej di WhatsApp tidak dapat dihantar kepada penerima manakala Facebook dan Instagram juga tidak boleh dibuka.



Susulan gangguan tersebut, Facebook menerusi akaun Twitter rasminya pada Isnin dilaporkan memohon maaf kepada warganet tentang kegagalan penggunanya untuk mengakses aplikasi di bawahnya.

“Kami menyedari ramai orang menghadapi masalah dalam mengakses aplikasi dan produk kami. Kami berusaha untuk memulihkan keadaan secepat mungkin dan meminta maaf di atas masalah ini,” jelasnya.

Sementara itu, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg menerusi hantaran di Facebooknya pada pagi Selasa turut memohon maaf atas gangguan yang berlaku.

“Facebook, Instagram, WhatsApp dan Messenger kini kembali dalam talian. Maaf atas gangguan hari ini. Saya tahu betapa anda bergantung pada perkhidmatan kami untuk terus berhubung dengan orang yang anda sayangi,” katanya.



Dalam pada itu, Ketua Pegawai Teknologi Facebook, Mike Schroepfer akui mereka memerlukan sedikit masa untuk kembali berfungsi dengan sepenuhnya.“Perkhidmatan Facebook kembali dalam talian sekarang, mungkin memerlukan sedikit masa untuk mencapai 100 peratus.

“Saya minta maaf kepada setiap perniagaan kecil dan besar, keluarga serta individu yang bergantung kepada kami,” ciapnya di Twitter jam 6.46 pagi tadi.

Facebook, Instagram, WhatsApp kembali pulih selepas hampir 6 jam


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Perbankan Islam dan perbankan konvensional: Apa bezanya?

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker