Saiz Melaka Yang Kecil Sesuai Jadi Bahan Ujikaji PRN

Oleh Nurul Aisyah

JIKA difikirkan dengan mendalam, ada hikmahnya pergolakkan yang berlaku di Melaka ketika ini. Pilihan Raya Negeri yang berlaku di Sabah memang mencabar memandangkan negeri tersebut memang besar. Berlainan pula dengan Melaka yang bersaiz kecil. Negeri tersebut amat sesuai dijadikan medan ujikaji pilihan raya ketika pandemik Covid19 di penghujungnya dan beralih pula ke  era endemik .

Kini kadar vaksinasi yang hampir menyeluruh di seluruh negara dilihat sudah membolehkan suatu pilihan raya diadakan segera. Oleh itu, ketika ini tiada lagi sebarang alasan untuk menunda proses demokrasi susulan krisis politik yang berlaku di Melaka.



Saranan presiden Umno supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan bagi membolehkan rakyat memilih siapa yang selayaknya mewakili mereka dan seterusnya menentukan calon yang sebaiknya memimpin Melaka turut mendapat sokongan ramai pihak.

“Saya menyokong saranan presiden Umno agar kemelut ini diselesaikan dengan membubarkan DUN Melaka.” kata Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin.

Semalam Adun Sungai Udang, Idris Haron yang juga bekas ketua menteri Melaka dan bersama tiga Adun lain mengumumkan hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Sulaiman Md Ali dan seluruh kepimpinan negeri kerajaan.

Susulan itu Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyarankan agar DUN Melaka dibubarkan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda negeri itu.



Menurut Ahmad Zahid, wajar mandat dikembalikan kepada rakyat untuk menentukan kerajaan baru untuk memimpin Melaka.

Ironinya, Idris Haron menolak cadangan Zahid yang mahukan PRN diadakan bagi menyelesaikan kemelut politik negeri itu.

Kata Adun Sungai Udang itu PRN tidak perlu diadakan, kerana pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam tempoh setahun setengah saja lagi.

“Jika PRN ingin diadakan, ia membabitkan banyak perkara yang harus kita pertimbangkan kerana kita masih dalam pandemik Covid-19 dan ia menyebabkan risiko lebih tinggi. Ia juga membabitkan kos perbelanjaan yang tinggi.



“Selain itu, PRU15 sudah dekat, lebih kurang setahun setengah saja lagi dan kita tidak mahu apa yang berlaku pada PRN Sabah sebelum ini berulang di tempat kita yang menyaksikan jumlah pesakit Covid-19 naik mendadak,” katanya yang dipetik oleh Berita Harian, hari ini.

Persoalannya, beliau sudah tahu masalah yang timbul sekira PRN diadakan, kenapa beliau mencetuskan pergolakkan di Melaka? Apa motif beliau? “Free ride” kah yang jadi mimpi Idris Haron?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker