Serah kepada Presiden berhubung isu kerajaan Melaka – Ismail

Serah kepada Presiden berhubung isu kerajaan Melaka – Ismail

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi untuk menyelesaikan isu pergolakan yang berlaku dalam kerajaan negeri Melaka kerana ia melibatkan urusan parti.

Ismail berkata, beliau difahamkan bahawa perbincangan telah diadakan antara Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Ab Rauf Yusoh dan Zahid.



“Isu (Kerajaan Negeri) Melaka ini saya serahkan kepada Presiden Umno untuk menyelesaikannya. Lagipun ini melibatkan urusan parti,” katanya kepada wartawan selepas melancarkan Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) 2021 di Putrajaya, menurut laporan Utusan Malaysia.

Kerajaan negeri Melaka di bawah pimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali tumbang selepas hilang sokongan majoriti susulan langkah empat ADUN yang mengumumkan penarikan sokongan mereka terhadap beliau.

Mereka ialah ADUN Sungai Udang Idris Haron, ADUN Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee, ADUN Telok Mas Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pantai Kundor Nor Azman Hassan.

Selain itu, Ismail berkata beliau memahami kebimbangan rakyat sekiranya pilihan raya negeri (PRN) diadakan sekali lagi, yang menyaksikan peningkatan semula kes Covid-19 selepas PRN Sabah.



Namun katanya, walaupun ia berlaku sekalipun, beliau percaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengeluarkan prosedur operasi standard (SOP) secara ketat bagi memantau keadaan

Katanya, perbincangan lanjut dengan Kementerian Kesihatan (KKM) juga perlu dilakukan sekiranya PRN Melaka terpaksa diadakan.
.
“Dalam isu ini rakyat risau berlaku PRN seperti di Sabah. Saya faham, media sosial saya dihujani pelbagai pandangan rakyat ramai bimbang takut kalau ada PRN seperti di Sabah.

“Sabah dulu kes rendah, tapi disebabkan PRN akhirnya meningkat semula dan ramai bimbang tentang ini. Tetapi setakat ini masih terlalu awal, saya pun tidak tahu apa akan berlaku kita tunggulah apa yang diputuskan oleh TYT Melaka (Yang Dipertua Negeri Mohd Ali Rustam) dan kita tunggulah,” katanya. FMT

Serah kepada Presiden berhubung isu kerajaan Melaka – Ismail




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker