Jadi tauke kopi guna modal i-Lestari
Jadi tauke kopi guna modal i-Lestari
PONTIAN – Terlibat kemalangan jalan raya yang berlaku pada awal tahun ini telah mengubah landskap kehidupan seorang pemandu lori kepada pengusaha warong kopi sebagai meneruskan kelangsungan hidup.
Mohamad Faez Sogimin, 31, berkata, kerjaya sebagai pemandu lori bahan binaan selama 7 tahun dan lori membawa bahan kimia selama dua tahun berakhir apabila terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 27 Januari 2020.
Ujarnya, akibat kemalangan tersebut, kakinya patah dan terpaksa dipasang peralatan khas yang tidak mengizinkan dia membawa lori semula kerana memerlukan kekuatan kaki untuk melakukan tugasan tersebut.
Menurutnya, dia mengambil masa agak lama untuk menukar haluan hidupnya sebelum mengambil keputusan menceburi bidang pembuatan air kopi menggunakan kopi variati Arabika dan Liberika.
“Baru lima bulan saya mengusahakan perniagaan ini dengan bermodalkan pengeluaran i-Lestari daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membeli peralatan seperti mesin dan pengisar kopi berharga RM2,300.
“Bagi tambah peralatan saya terpaksa korbankan kereta kesayangan bagi membeli mesin yang berharga RM9,800 bagi memastikan daya saing perniagaan terus menarik minat pelanggan,” katanya ketika ditemui di Kampung Dalam Ayer Baloi, di sini baru-baru ini.
Tambah Mohamad Faez, untuk sementara waktu ini, dia menumpang di bangunan bersama rakannya seorang pembuat topi memandangkan belum mendapat lokasi perniagaan yang sesuai.
Mengenai pemilihan nama Truckers Coffee dia berkata, sebagai pekerja dalam industri pengangkutan hampir 10 tahun, ingatan dan kenangan bersama rakan-rakan sekerja masih kekal dalam ingatan.
Katanya, jika ada rezeki, Truckers Coffee mungkin akan beroperasi di lokasi di mana pemandu lori dapat singgah menghirup kesegaran kopi pada waktu pagi dan malam dengan tema ‘di sebalik kepahitan ada kenikmatan’. K Online
Jadi tauke kopi guna modal i-Lestari
Baca Artikel Menarik :
- Kerajaan Melaka tumbang, 3 exco letak jawatan, tarik sokongan – Idris
- Projek HSR versi PN merugikan negara, Najib suarakan kebimbangan pada Kerajaan
- Kartunis hina Nabi Muhammad maut kemalangan dikanggar lori
- Bila PM pula tanya pengacara, terkejut mereka (video)
- Bagaimana Daim, orang kaya Malaysia guna Singapura simpan duit di luar negara
- Raja Ilya kena kecam kerana terlalu ‘mendedah’
- Tony Fernandes a father again at 57
- Total war UMNO-Bersatu pasti berlaku dalam PRU-15
- Nanti ustaz marah ‘feeling’ lebih – Neelofa
- Kenyataan rasis : Pemimpin Bersatu letak jawatan
- Azmin ketuai parti baru?
Layari Laman Facebook MYKMU
Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta
You must be logged in to post a comment.