Tangguh larangan jual arak, takut apa DBKL?

Sebaran :

 Penangguhan larangan penjualan arak (liquor) di kedai runcit, serbaneka dan kedai ubat cina sekitar ibu negara, yang sepatutnya berkuat kuasa semalam tetapi ditangguhkan selama sebulan, disifatkan sebagai satu keputusan yang amat mengecewakan.

Pengerusi Bersama Gabungan Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar mempersoalkan keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu sedangkan ketetapan berkenaan sudah dibuat sejak tahun lalu lagi.

“Ini amat mengecewakan. Nampaknya kita hanya pandai membuat keputusan tetapi tidak pandai melaksanakannya!

“Pemberitahuan yang cukup telah diberikan, sejak 15 November 2020. Ia tidak drastik. Kami kata, mulakanlah dengan kedai runcit terlebih dahulu terutama yang beroperasi 24 jam, kerana kami tidak mahu alkohol dapat diakses oleh golongan muda.

“Kita masih mencatat kematian kerana memandu dalam keadaan mabuk,” katanya dalam hantaran di laman Facebook.

Pada masa sama, Dr Rafidah berkata, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim harus meneruskan apa yang telah diusulkan oleh pendahulunya, Tan Sri Annuar Musa.

“Apa yang dia takutkan! Berapa ramai lagi yang kena mati akibat mabuk di jalan raya?,” soalnya meluahkan ketidakpuasan hati dengan keputusan DBKL.

Sebelum ini, garis panduan yang berkuat kuasa 15 November tahun lalu dan dimuat naik di laman sesawang https://elesen.dbkl.gov.my/ menyatakan penjualan liquor di tiga premis (kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai ubat cina) tidak dibenarkan mulai 1 Oktober 2021.

Walau bagaimanapun, DBKL berkata, larangan ini ditangguhkan bagi tempoh satu bulan mulai 1 Oktober hingga 31 Oktober 2021.

“Penangguhan ini bertujuan untuk memuktamadkan kajian berkaitan kawalan penjualan liquor di Kuala Lumpur.

“Pada masa ini pemilik Lesen Minuman Keras (LMK) runcit masih dibenarkan menjual minuman keras jenis liquor di kedai runcit, serbaneka, dan kedai ubat cina sehingga 31 Oktober ini,” katanya.

Tangguh larangan jual arak, takut apa DBKL?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Penolong Pegawai Perubatan Dikecam Gara-Gara Dakwaan HIV Adalah Hukuman Daripada Tuhan


Sebaran :

Leave a Reply