Imam rugi lebih RM50,000 ditipu bakal menantu

Imam rugi lebih RM50,000 ditipu bakal menantu

Seorang imam sebuah masjid mengalami kerugian lebih RM50,000 selepas ditipu lelaki yang berjanji untuk berkahwin dengan anak perempuannya sejak Jun hingga pertengahan September lalu.

Warga emas itu mengenali seorang lelaki berusia 36 tahun menerusi anak perempuannya yang berusia 28 tahun pada Jun lalu dan mereka berjanji untuk mendirikan rumah tangga.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, berdasarkan keterangan mangsa, suspek memaklumkan kepadanya dia mempunyai perniagaan emas dan kambing perap, namun tetap meminta bantuan modal daripada warga emas itu.

Menurutnya, imam yang berusia 65 tahun itu dipercayai telah memberi sejumlah wang lebih RM38,000 bermula awal Jun hingga September lalu secara berperingkat di Bandar Baru Kubang Kerian di sini.

“Warga emas itu juga memberi barang kemas bernilai RM6,000 dan sebuah kereta jenis Proton Gen 2 bagi memudahkan urusan perniagaan bakal menantunya.

“Selepas tiga bulan, imam berkenaan menghubungi bakal menantunya untuk menuntut semula pinjaman, namun pelbagai alasan yang diberikan oleh lelaki itu,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahim, menyedari dirinya ditipu oleh bakal menantunya itu, dia tampil membuat laporan di Balai Polis Bachok di sini pada 14 September lalu.

Ujarnya, hasil daripada laporan mangsa, polis berjaya menahan suspek di sebuah rumah di Jalan Pengkalan Chepa di sini pada pukul 11 malam tadi.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan polis sedang proses untuk mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek. K Online

Imam rugi lebih RM50,000 ditipu bakal menantu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ustaz Kazim Dedah Disihir Punca Kaki Membengkak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker