Warisan enggan ulas ADUN keluar parti

Sebaran :

Tanya tuan punya badan, Warisan enggan ulas ADUN keluar parti

Setiausaha Agung Warisan Lorreto Padua enggan mengulas lanjut mengenai khabar angin yang mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu, Yusof Yacob telah meninggalkan parti.

Katanya, setakat ini beliau belum menerima sebarang surat peletakan jawatan daripada Yusof walaupun ada ura-ura mengatakan dia telah berbuat demikian.

“Tiada apa yang boleh saya komen kerana belum ada surat (peletakan jawatan), mungkin boleh tanya tuan punya badan (Yusof),” katanya ketika dihubungi FMT.

Terdahulu, Sinar Harian semalam, melaporkan Yusof yang juga ADUN Sindumin dan Ketua Penerangan Warisan telah keluar meninggalkan parti.

Laporan yang memetik sumber itu mengatakan Yusof mengambil keputusan itu dan menjadi ADUN bebas yang menyokong kerajaan.

Menurut sumber itu, beliau dijangka akan mengumumkan perkara itu secara rasmi pada minggu depan.

Dalam perkembangan sama, The Star, hari ini melaporkan Yusof menafikan yang dia telah meninggalkan Warisan.

Katanya, perkara itu hanya satu spekulasi namun berkata, sebarang perkembangan hanya akan diumumkan kemudian. FMT

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Warisan enggan ulas ADUN keluar parti


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ustaz Kazim Dedah Disihir Punca Kaki Membengkak


Sebaran :

Leave a Reply