Reaksi Muka Mencebik Baby Ini Mencuit Hati Netizen Bila Ayah Tampar Pipi Sebab Nyamuk [VIDEO]

Sebaran :

Reaksi Muka Mencebik Baby Ini Mencuit Hati Netizen Bila Ayah Tampar Pipi Sebab Nyamuk [VIDEO]

Memiliki anak kecil semestinya akan menceriakan lagi suasana di rumah

Kadangkala gelagat mereka memang mencuit hati para ibu bapa. Tidak dinafikan juga tingkah laku mereka yang nakal akan membuatkan ibu bapa merasa geram.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang ayah terpaksa menampar pipi anaknya kerana nyamuk telah mencuri tumpuan ramai.

RAKAMAN video seorang bayi lelaki mencebik seolah olah mahu menangis mencuri perhatian ramai di TikTok.

Menerusi video yang dimuat naik oleh ibunya, bayi tersebut kelihatan terkejut dan mahu menangis setelah si bapa menampar pipinya kerana mahu membunuh nyamuk.

“Ayah tak…” kedengaran suara bapanya tergamam sebaik sahaja melihat anaknya mahu menangis selepas ditampar, sebelum ibu memujuk bayi berkenaan.

Visual tersebut setakat ini meraih hampir 2 juta tontonan dan ribuan komen daripada netizen

VIDEO DIBAWAH:-

Muka monyok macam nak nangis bila ayah tampar pipi

Menerusi video berkenaan, kelihatan keluarga kecil itu sedang berpiknik di tepi pantai.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila sang ayah bertindak untuk menampar pipi anaknya kerana nyamuk. Anaknya itu dilihat membuat reaksi muka sedih dan merajuk. Si ibu pula lantas memujuk anaknya yang seakan-akan mahu nangis itu.

“Bapaknya pun tepuk bersungguh betul” – Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur. Malah, ramai yang mengatakan bayi itu sangat comel.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 2.0 juta tontonan, 293K tanda suka dan 5K komen di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Berkongsi cerita kepada mStar, Fathiah Abu Supian, 28, berkata, ketika kejadian dia kebetulan sedang merakam video untuk dimuat naik ke akaun Instagram milik anak bongsunya, Megat Andra Zaydeen Muhammad Soleh yang berusia lapan bulan.

Pada masa itulah suaminya, Megat Muhammad Soleh Buang, 33, menampar perlahan anak mereka kerana mahu membunuh nyamuk yang hinggap di wajah Megat Andra atau lebih mesra disapa Andra.

“Masa tu kami sekeluarga sedang berkelah di Pantai Remis, Kuala Selangor pada petang Isnin lalu, saya cuma nak rakam Andra bermain pasir sebab dia ada Instagram sendiri.

“Jadi saya rakam video dia bermain pasir untuk aktiviti sensory play. Nak dijadikan cerita, waktu itu ayahnya tampar muka dia sebab nak halau nyamuk

“Suami pukul pun tak la kuat mana, cuma Andra ni suka mencebik. Dia memang sensitif sikit, kalau kita sentuh sikit pipinya tu mulalah dia nak menangis,” katanya yang menetap di Setia Alam, Selangor.

Mesra disapa Tiya, katanya, disebabkan anak bongsunya itu seorang yang sangat sensitif, mereka sekeluarga selalu mengusiknya hanya kerana mahu melihat dia mencebik.

Bagaimanapun, Andra agak lasak jika bermain bersama kakaknya, Putri Anggun Zinnirah Mohd Soleh, yang berusia dua tahun.

“Kami memang suka tengok dan kalau boleh nak buat dia menangis sebab nak lihat gelagatnya yang comel tu. Kalau dia tengah cebik tu memang rasa ish comelnya!

“Kalau saya, suami atau kakaknya terjerit atau buat Andra terkejut, dia mesti mudah tersentuh

“Andra ni walaupun sensitif dan manja, tetapi dia sebenarnya senang ketawa kalau diagah. Tapi boleh tahan lasak juga la kalau dia bermain dengan kakaknya,” ujarnya yang bekerja sebagai pentadbir pengurusan hartanah di Bukit Jalil.

Ibu kepada dua cahaya mata yang berasal dari Perak itu berpandangan tidak salah untuk ibu bapa merakam setiap detik bersama anak-anak mereka.

Tambahnya lagi, sebagai ibu dia mahu mereka menikmati momen-momen indah sebaik mungkin sementara anak-anak masih kecil.

“Pesanan saya kepada ibu bapa dan yang bakal menimang cahaya mata tu, kita seharusnya menikmati detik indah sebegini sewaktu anak-anak masih kecil lagi.

“Sebab nanti bila mereka dah semakin dewasa, kita akan rindu momen bersama mereka. Video macam ni la yang kita akan lihat semula sebagai kenangan.

“Jadi, sama-sama kita nikmati saat-saat berharga menjadi ibu bapa kepada anak-anak yang sedang membesar,” katanya-mSTAR

Reaksi Muka Mencebik Baby Ini Mencuit Hati Netizen Bila Ayah Tampar Pipi Sebab Nyamuk [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Mohon Doa Orang Ramai..’ Anak Shahrol Shiro Jalani Pembedahan Buah Pinggang

Penolong Pegawai Perubatan Dikecam Gara-Gara Dakwaan HIV Adalah Hukuman Daripada Tuhan


Sebaran :

Leave a Reply