Bapa dakwa pusat autistik seret anak atas lantai

Bapa dakwa pusat autistik seret anak atas lantai

Sebuah pusat intervensi di Ampang, Selangor didakwa mencederakan seorang kanak-kanak autistik hingga menyebabkan mangsa mengalami lebam di beberapa bahagian muka serta anggota badannya.

Menerusi pendedahan yang dilakukan bapa mangsa di laman Facebooknya hari ini, pusat berkenaan juga dilaporkan tidak mempunyai lesen sah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain guru-guru tidak mempunyai kelayakan mengajar anak autistik.

Menurut Tengku Aminuddin Shafiq, kejadian menimpa anaknya, Tengku Noah berlaku pada 1 Oktober lalu ketika anaknya berada di bawah jagaan pusat berkenaan.

“Anak saya, Tengku Noah merupakan seorang kanak-kanak autistik dan kami menghantarnya ke pusat berkenaan berdasarkan keupayaan dan kemahiran mereka mengendalikan anak-anak istimewa itu.

“Baru-baru ini, saya melihat kesan lebam pada muka dan badan anak saya tetapi saya masih bersangka baik dengan menyifatkannya sifat aktif Noah,” tulisnya.

Katanya, selepas mengambil anaknya pulang dari pusat itu, dia turut melihat kesan lebam di bahagian belakang tubuh.

“Berdasarkan video yang diterima, anak saya jelas takut dengan guru yang juga pengetua pusat itu, malah saya tidak melihat di mana-mana klip televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan anak saya bertindak kasar.

“Saya tidak rasa, tindakan mereka mengheret anak saya di lantai dan mencederakan dia sebagai tindakan wajar kerana kesalahan dia hanya tidak mahu makan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Tengku Aminuddin menjelaskan kes tersebut telah dipanjangkan kepada pihak polis dan pemeriksaan kesihatan di hospital turut dijalankan. K Online

Bapa dakwa pusat autistik seret anak atas lantai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ustaz Kazim Dedah Disihir Punca Kaki Membengkak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker