1.4 tan daun ketum dirampas, rumah sewa dijadikan transit seludup ke Thailand

Sebaran :

1.4 tan daun ketum dirampas, rumah sewa dijadikan transit seludup ke Thailand

Longgokan daun ketum seberat 1.4 tan yang dibungkus secara berasingan dirampas polis dalam serbuan di sebuah rumah sewa, di Kampung Kolam, Padang Besar, yang dipercayai dijadikan lokasi transit sebelum diseludup keluar ke Thailand.

Ketua Polis Daerah Padang Besar Saifudin Aslin Abbas, berkata pihaknya menghantar sepasukan anggota untuk mengintip aktiviti di rumah sewa itu selepas menerima maklumat awam pada jam 9 malam, Jumaat.

Katanya, selepas sejam membuat pemerhatian, tiada penghuni atau individu datang ke rumah berkenaan sebelum pihaknya menghubungi pemilik rumah berkenaan.

Menurutnya, sekitar jam 10 malam polis bertindak menyerbu rumah berkenaan dan hasil pemeriksaan menemukan bungkusan mengandungi daun ketum.

“Daun ketum yang dianggarkan seberat 1.4 tan bernilai RM42,000 itu dipercayai bersedia untuk diseludup masuk ke negara jiran melalui lorong tikus.

“Siasatan awal ke atas pemilik mendapati urusan sewa rumah berkenaan diuruskan oleh adiknya dan dia tidak tahu menahu mengenai longgokan daun ketum berkenaan,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Saifudin berkata, siasatan sedang dilakukan untuk mengesan penyewa rumah berkenaan yang dipercayai sudah melarikan diri.

“Selain itu, pemilik rumah dan adiknya juga dipanggil untuk dirakam keterangan.

“Rampasan dibawa ke Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar untuk tindakan lanjut,” katanya disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Katanya, polis meminta masyarakat untuk bersama membantu mencegah dan mengekang jenayah bagi menjadikan daerah Padang Besar kawasan yang selamat dan bebas jenayah dengan menyalurkan maklumat kepada polis di IPD Padang Besar di talian 04-9492222. FMT

1.4 tan daun ketum dirampas, rumah sewa dijadikan transit seludup ke Thailand


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ustaz Kazim Dedah Disihir Punca Kaki Membengkak


Sebaran :

Leave a Reply