Wanita uzur ‘terkurung’ bersama mayat suami

Wanita uzur ‘terkurung’ bersama mayat suami

Keuzuran seorang wanita warga emas membuatkannya hanya mampu terbaring sambil menghidu bau mayat suaminya yang mulai membusuk dan berulat, selepas meninggal dunia dalam bilik air kediaman mereka di Taman Ria, Sungai Petani, Kedah.

Kematian lelaki berusia 79 tahun itu hanya disedari selepas jiran yang curiga dengan bau busuk dari rumah pasangan berkenaan, lalu menghubungi anak mereka.

Difahamkan, isteri mangsa yang berusia 80 tahun sudah uzur serta nyanyuk dan dia hanya mampu terbaring atas tilam di ruang tamu rumah mereka yang turut dikunci dari dalam.

Sepasukan anggota bomba yang bergegas ke rumah itu terpaksa memecahkan pintu, pemeriksaan lanjut menemui mayat lelaki berkenaan dalam bilik air yang berkunci.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Adzli Abu Shah, berkata pihaknya menerima panggilan daripada bomba pada 1.45 tengah hari mengenai penemuan mayat itu.

“Polis bergegas ke lokasi kejadian yang juga rumah teres setingkat dan hasil siasatan mendapati mangsa meninggal dunia lebih dari 24 jam berdasarkan keadaan mayat yang sudah berulat.

“Anak pasangan terbabit memberitahu bapanya hanya tinggal berdua bersama ibu yang sudah nyanyuk di rumah itu,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Adzli berkata, anak mangsa memberitahu yang dia akan melawat serta membawa makanan sekali seminggu untuk ibu bapanya.

“Anak mangsa mendakwa kali terakhir dia bertemu bapanya pada 23 September lalu dan memberitahu yang mangsa tidak mempunyai sebarang penyakit.

“Dia juga mendakwa bapanya tidak pernah mendapatkan sebarang rawatan di klinik atau hospital,” katanya.

Katanya, siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

“Mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk ujian saringan Covid-19 sebelum bedah siasat,” katanya. FMT

Wanita uzur ‘terkurung’ bersama mayat suami


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker