Dilraba Dilmurat 2 kali menang wanita tercantik Asia

Dilraba Dilmurat 2 kali menang wanita tercantik Asia

Siapa yang tak terpegun melihat kecantikan wanita berasal dari China ini. Pemilik nama Dilraba Dilmurat ini merupakan seorang aktres ini telah dinobatkan sebagai wanita paling cantik di Asia selama dua tahun berturut-turut pada tahun 2017 dan 2018.

Seperti yang dilaporkan oleh Wolipop, sebagai wanita paling cantik di Asia, Dilraba telah terlibat dengan sejumlah drama, filem dan iklan di China. Dilraba pernah membintangi drama popular seperti V Love, The Backlight of Love dan Lion Shan Me serta drama barunya Ball Lightning.



Selain drama dan filem, Dilraba juga pernah membintangi sejumlah iklan dan pernah menjadi duta jenama untuk jenama antarabangsa seperti Dolce & Gabbana, jenama mutiara mewah Jepun MIKIMOTO, dan membintangi iklan Sprite.

Aktres Dilraba Dilmurat ‘Insecure’ Dengan Rupanya Walaupun Digelar Paling Cantik

Ketara! Perubahan Wajah 8 Artis Malaysia Dulu Dan Kini
Jenama jam tangan mewah Itali, Panerai juga memilih Dilraba sebagai duta jenama global wanita pertama.



Difahamkan bahawa Dilraba menandatangani kontrak tajaan untuk 23 jenama. Salah satunya adalah produk penjagaan rambut Rejoice.

Oleh itu, tidak hairanlah Dilraba selalu termasuk dalam barisan selebriti berbayar terbesar di China. Dikatakan bahawa nilai kekayaannya mencapai US $20 juta atau sekitar RM40 Juta.

Kenapa Dia Dipilih Sebagai Wanita Tercantik Di Asia?



Seperti yang dilaporkan menerusi Insertlive, pakar dermatologi Kevin A Maharis memberikan responnya. Menurut Kevin, piawaian kecantikan yang diberikan kepada Dilraba tidak dapat dipatenkan kerana setiap bahagian negara atau wilayah mempunyai standard kecantikan tersendiri.

“Begini, standard kecantikan di setiap daerah berbeza-beza. Kalau dia di Asia ya Asia bahagian mana dulu kerana Asia itu luas kan. Kalau dilihat dari struktur kecantikan di Hollywood, bibir Dilraba misalnya itu terlalu kecil sementara Hollywood kan bibirnya yang full gitu,” katanya.

“Pada pendapat saya, dia adalah campuran Turki dan China, ya suku Uighur, jadi ya, wajahnya memang cantik,” katanya lebih lanjut.

Dilraba Dilmurat 2 kali menang wanita tercantik Asia




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker