Fila Amir menyesal kahwin dengan orang Afrika?

Fila Amir menyesal kahwin dengan orang Afrika?

Siapa sahaja yang tak kenal dengan wanita yang begitu popular sebagai Youtuber ini.

Wanita ini mula menjadi perhatian orang ramai kerana gemar berkongsi kehidupan bersama suaminya yang merupakan seorang warga asing. Pemilik nama Fila Amir ini memilih jejaka berasal dari Afrika iaitu Adama Mohamed Camara.



Baru-baru ini, Wanista sempat meninjau IG Stories Fila di mana dia menjawab pelbagai soalan dari pengikutnya di Instagram. Terdapat warganet yang bertanya soalan bersifat peribadi kepadanya, adakah Fila memberi reaksi?

Tidak Pernah Menyesal Berkahwin, Bersyukur Dapat Suami Yang Sabar – Fila Amir

Soalan yang diajukan kepada Mrs. Camara ini menarik perhatian orang ramai, di mana pengguna media sosial berkenaan bertanya sama ada Fila pernah berasa menyesal berumahtangga.



Menjawab soalan tersebut, isteri kepada usahawan berjaya ini meluahkan dirinya tidak pernah berasa menyesal berkahwin malah meluahkan rasa bersyukur kerana banyak perkara dirinya belajar semenjak bergelar isteri.

Selain itu, Fila juga mengatakan dirinya beruntung dapat miliki suami yang memahaminya dan melayaninya dengan penuh sabar.

“TIDAK! Bahkan benda yang Fila paling bersyukur ialah perkahwinan Fila, Alhamdulillah. Banyak benda Fila belajar dalam perkahwinan, Allahuakbar. ‘I’m not where/who I am now’ kalau bukan sebab perkahwinan Fila.

Dan bersyukur Allah jodohkan dengan suami yang sangat-sangat memahami dan sabar dengan Fila, Alhamdulillah.”



Kedua-dua Mempunyai Latar Pendidikan Yang Kukuh

Mungkin ramai yang tak tahu, kedua-dua pasangan ini mempunyai latar belakang pendidikan yang kukuh.

Fila sendiri merupakan garduan ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dan Keusahawan manakala suaminya adalah graduan Sarjana dalam Pengurusan Perniagaan. Dengar kata mereka berdua memiliki kedai perabot sendiri? Wn

Fila Amir menyesal kahwin dengan orang Afrika?




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saranan buat Syed Saddiq tentang ekuiti bumiputera



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker