RapidKL Buat Permohonan Maaf Ejen Pembersih Kerja Sambil Lewa Di Dalam Tren [VIDEO]
RapidKL Buat Permohonan Maaf Ejen Pembersih Kerja Sambil Lewa Di Dalam Tren [VIDEO]
Sebuah klip video memaparkan dua operator pembersihan tren Rapid KL melakukan tugas sanitasi secara sambil lewa tular di laman Twitter sejak semalam.
Klip video berdurasi 7 saat itu memperlihatkan pekerja wanita terbabit melakukan tugas itu secara ala kadar selain tidak mengelap keseluruhan permukaan seperti bahagian pemegang tangan menggunakan cecair pembasmi kuman.
Pls tell me this is fake! If it is true, the operators needs to terminate this contractor immediately! pic.twitter.com/W76YThLfqF
— Dev ⚽🏌️♂️⛳🏎️🤡☕🥩🚬🥃 (@devprasad888) September 30, 2021
Rapid KL dalam satu kenyataan di laman Facebook mengakui kesilapan itu dan memohon maaf kepada semua penumpang atas kegelisahan, kebimbangan dan kemarahan yang timbul akibat penyebaran video berkenaan.
“Dalam video tersebut, ejen pembersih kami dilihat menjalankan tugas pembersihan ketika tren kami tiba di stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Ampang yang merupakan stesen terakhir Laluan LRT Ampang dan Sri Petaling.
“Namun video tersebut menunjukkan tugas pembersihan dilakukan dengan tergesa-gesa serta tidak memuaskan mengikut peraturan pencegahan Covid-19 yang ditetapkan Rapid KL,” katanya semalam.
Menurutnya, Rapid KL telah mengambil tindakan pantas menegur pihak vendor terlibat di samping membincangkan tindakan untuk memastikan perkara itu tidak berulang pada masa akan datang.
Dalam pada itu, syarikat kontraktor pembersihan RnD Resources Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan akhbar berkata, tindakan tata tertib telah diambil kepada kakitangan terbabit.
“Pihak kami memohon maaf kepada pengguna LRT Laluan Ampang dan Rapid KL atas kekhilafan kakitangan pembersihan kami dalam melaksanakan kerja-kerja sanitasi tren.
RAPID KL WILL ENSURE STRICT COMPLIANCE OF COVID-19 PREVENTION MEASURES
RAPID KL would like to apologise to all our passengers for the distress, anxiety and anger caused by a video that was circulating in social media yesterday. pic.twitter.com/XQ5N5JQVEM
— Ask Rapid KL (@askrapidkl) September 30, 2021
“Kami memandang serius serta amat kesal dengan kejadian tersebut dan mereka akan diberi latihan semula dengan selengkapnya sebelum dibenarkan bertugas seperti biasa,” katanya. – K! ONLINE
RapidKL Buat Permohonan Maaf Ejen Pembersih Kerja Sambil Lewa Di Dalam Tren [VIDEO]
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik :
- Ahmad Jazlan dilantik Pengerusi FELCRA
- YWP milik kerajaan, bukan saya – Tengku Adnan
- Wee cabar Guan Eng debat isu dasar kabotaj
- ‘Afnan Tunggu Kami Di Syurga Ya..’Anak Azmi Saat Caliph Busker Meninggal Dunia
- Rumah paling mahal di dunia bakal dijual pada harga murah
- Adakah cabutan khas nombor 8 kali membawa lebih keberkatan?
- Cinta Laura mahu jadi duta PBB, Menteri Ekonomi Indonesia
- Erra tunggu keizinan Engku Emran
- Ini Antara 7 Kedai Jepun Yang Best Anda Boleh Explore & Cuci Mata Di Shopee
- Hajat Nak Lamborghini Tertunai Sebab Hamil. Adik Kepada Iqbal Zulkefli Di Tegur Netizen [VIDEO]
- Dai’ Syed Ditegur Kongsi Hadis Palsu Tentang Islamkan Orang Wajib Masuk Syurga
Layari Laman Facebook MYKMU