Jangan fitnah saya belanja RM65 juta ubah suai Seri Perdana – Najib
Jangan fitnah saya belanja RM65 juta ubah suai Seri Perdana – Najib
Najib Razak menegaskan beliau tidak membelanjakan RM65 juta untuk mengubahsuai Seri Perdana ketika menjadi perdana menteri, setelah Muhyiddin Yassin menerima kecaman kerana membelanjakan lebih RM38 juta untuk kerja-kerja baik pulih kediaman rasmi.
Dalam catatan di Facebook, Najib berkata, DAP menuduhnya pada 2010 bahawa beliau membelanjakan RM65 juta untuk kerja-kerja pengubahsuaian di Seri Perdana, tetapi mengaitkannya dengan salah faham mengenai Belanjawan 2011.
“Walaupun pernah difitnah DAP pada 2010 (akibat salah faham mereka terhadap Bajet 2011), bahawa saya nak ubah suai Seri Perdana dengan kos RM65 juta, ini tidak berlaku.
“Sekiranya sahih, cerita bahawa ‘Najib belanja RM65 juta untuk ubah suai Seri Perdana’ akan diulang-ulang mereka selama bertahun-tahun lamanya, tapi ini tidak berlaku.
“Sebaliknya, tuduhan itu terhenti sahaja masa itu. Jadi, jangan fitnah saya lagi berhubung tohmahan RM65 juta itu,” katanya.
Dakwaan ini timbul kembali setelah Muhyiddin dikecam kerana membelanjakan RM38.5 juta bagi kerja-kerja baik pulih bahagian-bahagian usang dan rosak di kediaman rasmi perdana menteri.
Muhyiddin berkata, selepas dilantik sebagai Perdana Menteri pada Mac 2020, pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM) berhubung kerosakan fizikal di Seri Perdana, termasuk kebocoran, sistem pencahayaan lama, keadaan fizikal lantai dan bumbung yang rosak atau usang.
“Selain itu, saya juga dimaklumkan pendawaian elektrik, pencahayaan dan peralatan mekanikal seperti penghawa dingin juga perlu dibaik pulih kerana terlalu usang,” katanya.
Najib turut menyebut catatan oleh sebuah halaman Facebook mesra Bersatu yang menuduhnya “merosakkan” Seri Perdana.
“Dengan mendedahkan beberapa gambar keadaan Seri Perdana dengan lantai yang basah, page pro-PN Otai tuduh saya dan keluarga saya banyak merosakkan Seri Perdana.
“Tapi jelas di sana tertulis keadaan tersebut berlaku akibat hujan lebat pada November 2020.
“Saya tak tinggal di sana sejak lebih tiga tahun dahulu. Jadi bagaimana pula saya dikatakan bertanggungjawab atas keadaan dalam gambar-gambar pada Nov 2020 pulak?” FMT
Jangan fitnah saya belanja RM65 juta ubah suai Seri Perdana – Najib
Baca Artikel Menarik :
- Ahmad Jazlan dilantik Pengerusi FELCRA
- YWP milik kerajaan, bukan saya – Tengku Adnan
- Wee cabar Guan Eng debat isu dasar kabotaj
- ‘Afnan Tunggu Kami Di Syurga Ya..’Anak Azmi Saat Caliph Busker Meninggal Dunia
- Rumah paling mahal di dunia bakal dijual pada harga murah
- Adakah cabutan khas nombor 8 kali membawa lebih keberkatan?
- Cinta Laura mahu jadi duta PBB, Menteri Ekonomi Indonesia
- Erra tunggu keizinan Engku Emran
- Ini Antara 7 Kedai Jepun Yang Best Anda Boleh Explore & Cuci Mata Di Shopee
- Hajat Nak Lamborghini Tertunai Sebab Hamil. Adik Kepada Iqbal Zulkefli Di Tegur Netizen [VIDEO]
- Dai’ Syed Ditegur Kongsi Hadis Palsu Tentang Islamkan Orang Wajib Masuk Syurga
Layari Laman Facebook MYKMU