Erdogan ketawa selepas Putin tawarkan vaksin Sputnik

Erdogan ketawa selepas Putin tawarkan vaksin Sputnik

MOSCOW: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan hanya mampu tertawa selepas ditawarkan vaksin Sputnik sebagai dos penggalak Covid-19 oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin.

Tawaran Putin kepada Recep Tayyip itu dilakukan semalam, ketika mereka melakukan perbincangan selama tiga jam di kota Sochi yang merupakan kediaman rasmi Presiden Rusia.

Putin menyatakan rasa bangganya kerana vaksin Sputnik keluaran negara itu dapat meningkatkan antibodi manusia.

“Saya berasa beruntung kerana memiliki antibodi yang tinggi. Jadi, lain kali anda perlu divaksin dengan Sputnik,” kata Putin menerusi siaran televisyen.

Recep Tayyip kemudian memaklumkan beliau sudah menerima suntikan vaksin penggalak Pfizer yang juga meningkatkan antibodi.

Awal bulan ini, Putin, 68, menjalani kuarantin kendiri selepas puluhan kes Covid-19 dikesan dalam kalangan individu yang rapat dengan dirinya.

Rusia mencatatkan kes kematian tertinggi di Eropah selama dua hari berturut-turut akibat lonjakan kes varian Delta serta program vaksinasi yang lembab. Utusan

Erdogan ketawa selepas Putin tawarkan vaksin Sputnik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Takkan saya tak berhak tahu – Najib

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker