Dana rumah mampu milik, skim perumahan belia diperkenal
Dana rumah mampu milik, skim perumahan belia diperkenal
Kerajaan menyediakan dana untuk Rumah Mampu Milik dan Skim Perumahan Belia bagi membiayai pembelian rumah pertama dibawah program Rent to Own (RTO).
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, program RTO ini akan diperluaskan merangkumi rumah berharga sehingga RM500,000.
Menurutnya, bagi tujuan itu, KPKT akan menggembleng kerjasama daripada semua pihak termasuklah agensi Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan pemain industri untuk bersama-sama mencapai matlamat ini.
“Dalam konteks ini, Kementerian sedang dalam kajian untuk menubuhkan National Housing Corporation (NHC) yang berperanan sebagai peneraju pembangunan perumahan secara bersepadu,” jelasnya menerusi kenyataan hari ini.
Reezal berkata, bagi menjayakan matlamat Rancangan Malaysia Kedua Belas, 2021-2025 (RMKe-12) KPKT menggariskan bidang-bidang keutamaan yang menyentuh fungsi dan peranan kementerian.
Katanya lagi, KPKT akan memastikan sebanyak 500,000 unit Rumah Mampu Milik disediakan sehingga akhir tahun 2025 demi kesejahteraan keluarga Malaysia.
“Begitu juga peningkatan taraf hidup isi rumah miskin dengan menambah baik infrastruktur dan kemudahan asas, memantau dan menilai usaha dan pelaksanaan ke arah mencapai kemampanan bandar melalui pembangunan Malaysia Urban Observatory (MUO).
“Mengarus perdana pendigitalan dalam penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Mengutamakan Pembangunan Bandar Hijau dan Berdaya Tahan bagi dan Mentransformasi pengurusan sisa pepejal ke arah pembangunan ekonomi kitaran,” jelasnya.
Tambahnya lagi, di bawah fokus perumahan, harga siling rumah mampu milik akan diperkenalkan di pasaran sekunder sebagai mekanisme kawalan harga rumah khususnya di kawasan bandar.
“Pembangunan bandar pintar dan mampan akan dipergiatkan bagi meningkatkan daya saing bandar dengan aplikasi ICT, teknologi termaju dan inovasi bagi menangani isu-isu perbandaran juga akan diberikan tumpuan,” tegasnya. Utusan
Dana rumah mampu milik, skim perumahan belia diperkenal
Baca Artikel Menarik :
- Ahmad Jazlan dilantik Pengerusi FELCRA
- YWP milik kerajaan, bukan saya – Tengku Adnan
- Wee cabar Guan Eng debat isu dasar kabotaj
- ‘Afnan Tunggu Kami Di Syurga Ya..’Anak Azmi Saat Caliph Busker Meninggal Dunia
- Rumah paling mahal di dunia bakal dijual pada harga murah
- Adakah cabutan khas nombor 8 kali membawa lebih keberkatan?
- Cinta Laura mahu jadi duta PBB, Menteri Ekonomi Indonesia
- Erra tunggu keizinan Engku Emran
- Ini Antara 7 Kedai Jepun Yang Best Anda Boleh Explore & Cuci Mata Di Shopee
- Hajat Nak Lamborghini Tertunai Sebab Hamil. Adik Kepada Iqbal Zulkefli Di Tegur Netizen [VIDEO]
- Dai’ Syed Ditegur Kongsi Hadis Palsu Tentang Islamkan Orang Wajib Masuk Syurga
Layari Laman Facebook MYKMU