Setiap Nabi Mempunyai Doa

Sebaran :

Setiap Nabi Mempunyai Doa

Suatu ketika Abd. Rahman b. Abu Uqail al-Tsaqafi pernah menghadap Baginda s.a.w. sebagai salah seorang dari utusan kaum Thaqif. Mereka (rombongan utusan kaum Thaqif) menempuh jalan berliku di Madinah hingga akhirnya sampai di depan pintu kota.

Di antara mereka terdapat seorang yang paling menjengkelkan dan keras kepala. Kemudian mereka menghadap Rasulullah s.a.w. mengucapkan salam dan berbaiat kepada Baginda. Namun setelah mereka keluar dari hadapan Baginda orang yang paling menjengkelkan tersebut berubah menjadi orang yang paling dicintai.

Pada ketika mereka sedang menghadap Rasulullah s.a.w. Abdul Rahman b. Abu Uqail al-Tsaqafi bertanya kepada Baginda s.a.w.

“Wahai Rasulullah! Tidakkah engkau meminta kerajaan seperti kerajaan Sulaiman kepada Tuhanmu?

Rasulullah s.a.w. pun tertawa mendengar pertanyaan dari Abdul Rahman lalu Baginda menjawab,

“Kemungkinan sahabat kamu lebih utama di sisi Allah dari kerajaan Sulaiman. Sesungguhnya Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali Dia akan memberinya doa.”

“Ada di antara para nabi yang berdoa untuk dunia dan (saat itu juga) Allah pun mengabulkan doanya. Dan ada pula di antara mereka yang berdoa meminta penimpaan azab kepada kaumnya dan kaum itu pun binasa kerananya.”

“Sesungguhnya Allah telah memberikan doa kepadaku lalu aku menyimpannya kepada tuhanku sebagai syafaat bagi kaumku pada Hari Kiamat nanti.”

Diambil dari Kitab al-Mustadrak ala as-sahihain

Setiap Nabi Mempunyai Doa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Polis siasat kes Toyota Alphard P45 langgar peraturan lalu lintas


Sebaran :

Leave a Reply