Umno tak akan bersama Bersatu dalam PRU15, sedia bertembung
Umno tak akan bersama Bersatu dalam PRU15, sedia bertembung
Veteran Umno mengingatkan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin agar tidak perlu membuang masa dengan manaruh harapan Umno akan bersama Bersatu dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Malah, kata Setiausaha Veteran Umno, Mustapha Yaakub, parti mereka bersedia dengan kemungkinan bertembung dengan Bersatu.
“Umno telah berbulat tekad tidak akan bersama dengan Bersatu. Sudah berkerat rotan berputus arang. Bercerai talak tiga dan tak boleh rujuk lagi.
“Bersedialah untuk berdepan. Hanya yang terbaik akan menang,” katanya kepada Malaysiakini.
Mustapha berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pemimpin Bersatu yang mengatakan bahawa Perikatan Nasional (PN) tidak akan terkesan sekiranya berlaku pertembungan antara parti dalam kerajaan pada PRU akan datang.
Tambah Mustapha, kenyataan pemimpin Bersatu itu membuktikan parti berkenaan masih menaruh harapan untuk bekerjasama dengan Umno.
“Veteran Umno ingin menyedarkan Muhyiddin bahawa bagi Umno sudah terang lagi bersuluh tiada sebarang kerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15.
“Keputusan PAU (Perhimpunan Agung Umno) dengan jelas Umno menolak Bersatu.
“Veteran dapat membaca apa yang tersirat di sebalik kekeliruan Muhyiddin itu. Dia sedar Bersatu tidak berkemampuan untuk berdepan dengan Umno dalam PRU-15.
“Bersatu tidak mempunyai jentera untuk menggerakkan jentera pilihan raya. Bersatu juga sedar PAS tidak dapat membantu mereka kerana PAS akan menumpukan jenteranya bagi memenangkan calon-calon PAS,” katanya.
Malah, tambah Mustapha lagi, hanya Umno yang dapat membantu Bersatu untuk mengekalkan 16 kawasan “lompat parti”.
Semalam, Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan membayangkan Perikatan Nasional (PN) tidak akan terkesan sekiranya berlaku pertembungan beberapa penjuru di antara gabungan tersebut ketika PRU ke-15 nanti.
Menurut Wan Saiful, meskipun tidak pasti sama ada Umno akan turut bersama dalam gabungan itu pada PRU ke-15 nanti, PN perlu meneruskan kelangsungan bersama parti gabungan sedia ada – PAS, Gerakan, Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).
“Bagi saya, kita teruskan agenda perpaduan politik Melayu Islam demi kemakmuran rakyat semua bangsa dan agama, dan biar rakyat membuat penilaian.
“Fokus kita adalah PN, kuatkan PN untuk jaga rakyat, dan memulihkan negara.
“PN tidak akan terkesan sekiranya ada pertembungan banyak penjuru. Kita akan jalan terus bersama founding partners kita dalam PN iaitu PAS, Gerakan, SAPP dan STAR,” kata Wan Saiful.
Wan Saiful berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Muhyiddin yang juga pengerusi PN sebelum itu yang memberikan pandangan terhadap beberapa perkara penting yang melibatkan kerjasama gabungan parti dalam PN di peringkat Dewan Undangan Negeri, Parlimen dan nasional. Mk
Umno tak akan bersama Bersatu dalam PRU15, sedia bertembung
Baca Artikel Menarik :
- Najib dijemput berbincang dengan duta-duta asing
- Cecair merah di kubur bukan darah
- Sudah terang nampak ‘burung’ masih ada yang kata ‘deepfake’
- Wanita tinggal bersama mayat suami, anak 48 jam
- Lana Nordin kritik masjid Malaysia tak macam Amerika
- Jururawat Mohon Bantuan Orang Ramai Selesai Saman RM210,000
- Duit Dah Hangus Repair Kereta..Sekali Dengan Kereta Pun Dibakarnya [VIDEO]
- Cuba 6 Makanan Dan Minuman Ini Untuk Kembalikan Mood Anda Jika Rasa Down
- Ramai Kini Bintang Pujaan Jadi Asnaf
- Pakai Baju Menjolok Mata Ketika Minggu Fesyen London, Model Minta Ampun Dengan Bapa
- Suami cemburu tikam kepala, humban mayat jurulatih peribadi isterinya
Layari Laman Facebook MYKMU
China bertindak ‘buli’ Malaysia selepas TUDM buat latihan dengan AS
You must be logged in to post a comment.