RMK12: Kerajaan ganti 148 sekolah daif
RMK12: Kerajaan ganti 148 sekolah daif
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan menggantikan 148 bangunan sekolah daif dengan kos RM1.6 bilion pada 2021 dan 2022 bagi menjadikan persekitaran sekolah lebih kondusif.
Perdana Menteri menjelaskan, empat kompleks sekolah dan lima sekolah baharu akan turut dibina membabitkan kos RM848 juta.
Katanya, program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) akan diperkasa dengan menambah baik ekosistem, meningkatkan kualiti program melalui akreditasi, pengiktirafan dan pensijilan badan bertaraf antarabangsa serta memperkenalkan sistem penarafan institusi TVET.
“Untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, pembangunan bakat amat penting dan oleh itu, sistem pendidikan perlu mengeluarkan modal insan berkualiti dan berkemahiran tinggi bagi memenuhi kehendak industri.
“Tumpuan akan diberi untuk menambah baik seluruh sistem pendidikan negara serta menangani isu ketidakpadanan dalam pasaran pekerjaan. Bagi menambah baik sistem pendidikan negara, beberapa langkah utama akan dilaksana.
“Ia antaranya memperkukuhkan pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) bagi menyediakan murid dengan perubahan teknologi termasuk 4IR,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) di Dewan Rakyat, hari ini.
Ismail Sabri berkata, program TVET akan diperkasa dengan menambah baik ekosistem, meningkatkan kualiti program melalui akreditasi, pengiktirafan dan pensijilan badan bertaraf antarabangsa serta memperkenalkan sistem penarafan institusi TVET;
“Platform berpusat bagi data penawaran dan permintaan TVET akan dibangunkan, sistem pendidikan tinggi yang lebih fleksibel akan diwujudkan dan kerjasama dengan industri dipertingkat bagi menambah baik kualiti graduan dan memenuhi keperluan industri.
“Pelan pendidikan digital pada peringkat sekolah dan pengajian tinggi akan diperkenalkan bagi memastikan akses yang lebih luas kepada pendidikan yang berkualiti; dan menaik taraf kemudahan beberapa universiti awam, antaranya Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM),” katanya. BH
RMK12: Kerajaan ganti 148 sekolah daif
Baca Artikel Menarik :
- Najib dijemput berbincang dengan duta-duta asing
- Cecair merah di kubur bukan darah
- Sudah terang nampak ‘burung’ masih ada yang kata ‘deepfake’
- Wanita tinggal bersama mayat suami, anak 48 jam
- Lana Nordin kritik masjid Malaysia tak macam Amerika
- Jururawat Mohon Bantuan Orang Ramai Selesai Saman RM210,000
- Duit Dah Hangus Repair Kereta..Sekali Dengan Kereta Pun Dibakarnya [VIDEO]
- Cuba 6 Makanan Dan Minuman Ini Untuk Kembalikan Mood Anda Jika Rasa Down
- Ramai Kini Bintang Pujaan Jadi Asnaf
- Pakai Baju Menjolok Mata Ketika Minggu Fesyen London, Model Minta Ampun Dengan Bapa
- Suami cemburu tikam kepala, humban mayat jurulatih peribadi isterinya
Layari Laman Facebook MYKMU
China bertindak ‘buli’ Malaysia selepas TUDM buat latihan dengan AS