Piala Malaysia: JDT ‘henjut’ Kelantan FC 10-0

 

ISKANDAR PUTERI: Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) berpesta gol seterusnya mara ke suku akhir selepas membelasah Kelantan FC 10-0 dan layak dengan agregat 15-1 dalam aksi kedua pusingan 16 terakhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, sebentar tadi.

Dengan kemenangan itu, lawan JDT pada peringkat seterusnya sama ada Negeri Sembilan FC atau Kelantan United FC yang membuat perhitungan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam esok, dengan skuad kendalian K Devan menang 1-0 ke atas skuad bimbingan Ailton Silva pada aksi 5 Ogos lalu.



Pada pertembungan aksi kedua timbal balik itu, JDT yang selesa mendahului 5-1 pada aksi pertama, 4 Ogos lalu ternyata menguasai keseluruhan permainan tatkala pengendalinya, Esteban Solari melakukan rombakan kecil dengan menurunkan empat pemain yang jarang berada di dalam kesebelasan utama termasuk penampilan pertama import baharu Takahiro Kunimoto.

Malah seawal minit kelima, JDT hampir membuka akaun jaringan selepas bola rembatan Bergson Da Silva gagal ditangkap kemas penjaga gol Kelantan FC, Johan Shahzidane Johari tapi Mohd Arip Amiruddin menjadi penyelamat selepas sempat menendang bola keluar yang hampir menerjah jaring.

Selepas mengasak bertubi-tubi akhirnya gol yang dicari menjelma buat JDT pada minit ke-21 apabila tindakan Kunimoto yang mengumpan bola ke belakang untuk Bergson merembat bola leret tepat ke penjuru kiri gol menewaskan Johan.

Kunimoto yang menjadi pencetus gol pertama buat JDT turut mencetak nama selaku penjaring pada minit ke-24 selepas bertindak menggelecek tiga pertahanan Kelantan FC dan mudah menolak bola melepasi Johan untuk gol ke-100 skuad Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.



Ketinggalan 0-2 skuad kendalian Alfredo Vera bagaikan tidak berdaya menyaingi kehebatan barisan anak didik Solari yang terus menambah derita kelab dari Pantai Timur itu selepas Kunimoto yang melepasi perangkap ofsaid pada minit ke-37 bijak melakukan `voli’ sekali gus mencetak gol kedua peribadi ketika aksi berbaki dua minit.

Memasuki babak kedua, Arif Aiman Hanapi hampir mencipta gol pada minit ke-49 selepas berjaya melepasi kawalan dua pemain pertahanan Kelantan FC tapi bola rembatan leret hanya sipi di sebelah kanan gawang.

Tiada tanda-tanda untuk memperlahankan intensiti permainan, JDT begitu rakus merobek gawang Kelantan FC pada minit ke-53 berpunca daripada bola umpanan Arif Aiman di posisi sayap kanan menyaksikan Juan Muniz pantas merembat bola kencang untuk meletak tuan rumah selesa dengan jaringan 5-0.

JDT menjadikan Kelantan FC pasukan belasahan apabila terus rakus menjaringkan gol pada minit ke-59 dan kali ini giliran pemain gantian, Daryl Sham George yang mengambil kesempatan daripada kekalutan di dalam kotak penalti untuk gol keeman JDT.



Harimau Selatan tidak menunggu lama untuk membuat Kelantan FC `menangis’ pada minit ke-61 selepas bola sepakan Endrick Dos Santos membuka ruang buat Heberty Fernandes mencetak nama selaku penjaring bagi meletak kedudukan 7-0.

Pada minit ke- 64, Arif Aiman akhirnya menemui sentuhan penyudah selepas tindakan Bergson yang melorongkan bola membolehkan pemain sayap kanan JDT itu sekadar menolak bola ke gawang dengan JDT selesa mendahului 8-0.

Bergson melengkapkan hatrik pada perlawanan itu apabila menjaringkan gol pada minit ke-73 selepas merembat bola kencang menerjah jaring berpunca daripada bola umpanan Daryl Sham manakala gol minit akhir pemain gantian Asyar Hadi Shapri memastikan JDT menang 10-0.

Jumlah jaringan berkenaan mengatasi catatan Terengganu FC yang membelasah Kelantan FC 8-0 pada aksi Liga Super, baru-baru ini.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor



Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)



Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker