Demi Ikan Kesayangannya Pemilik Mahu Ikan Emasnya Dibedah

Demi Ikan Kesayangannya Pemilik Mahu Ikan Emasnya Dibedah

PEMILIK ikan emas bernama Bluebell sanggup membelanjakan wang sebanyak GB£300 (RM1,719) untuk pembedahan membuang benjolan di mulut ikan peliharaannya.

Seorang doktor haiwan, Hannah Jessup berkata, benjolan di mulut Bluebell itu menyebabkan ia sukar untuk makan.

Jelasnya, pemilik ikan tersebut sudah lama menyedari akan hal itu dan memutuskan untuk mendapatkan rawatan buat ikan kesayangan mereka.

“Selepas melihat konsisi Bluebell, saya dapati ia perlu menjalani pembedahan.

“Saya sudah dua kali terlibat dalam pembedahan ikan, tetapi ini merupakan kali pertama saya mengendalikan prosedur tersebut,” katanya.

Tambahnya lagi, untuk pembedahan tersebut, Jessupmenidurkan ikan tersebut terlebih dahulu sebelum menjalani pembedahan membuang benjolan di mulutnya.

Kongsinya lagi, proses pemulihan ikan tersebut memerlukan masa kira-kira satu jam.

“Bagaimanapun prosedur untuk membuang benjolan itu hanya mengambil masa kira-kira 20 minit.

“Persiapan untuk operasi sebenarnya lebih rumit daripada prosedur itu sendiri kerana harus menggunakan anestesia khusus kerana setiap ikan mempunyai tindak balas yang berbeza,” ujarnya.

Kongsinya lagi, memberi anestetik kepada ikan merupakan proses yang paling mencabar kerana tidak ramai yang tahu bagaimana tubuh ikan befungsi.

“Ikan tersebut harus tenggelam dalam larutan anestetik untuk membuat ia mengantuk sebelum dipindahkan ke meja pembedahan.

“Kakitangan menggunakan pam udara untuk membekalkan oksigen kepada ikan dan jarum suntik air memastikan ikan tidak kering.

Katanya lagi, dia juga memberikan ia ubat penahan sakit untuk membantu Bluebell sembuh selepas pembedahan,” jelasnya lagi.

Selepas pembedahan, Bluebell dibawa pulang dengan segera dan diletakkan di dalam kolamnya.

Bluebell kini dilaporkan kembali sihat selepas beberapa bulan. — Agensi

Demi Ikan Kesayangannya Pemilik Mahu Ikan Emasnya Dibedah


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Laluan di MRR2 tutup 6 bulan

Lori ‘mabuk’, pemandu positif dadah rupanya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker