PN tak terkesan dengan pertanding pelbagai penjuru, dakwa Wan Saiful

PN tak terkesan dengan pertanding pelbagai penjuru, dakwa Wan Saiful

Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata, Perikatan Nasional (PN) yakin tidak akan terkesan, jika pertembungan banyak penjuru berlaku pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Masih tidak jelas sama ada Umno akan bersama PN dalam PRU15 nanti. Itu pilihan mereka.



“Bagi saya, kita teruskan agenda perpaduan politik Melayu Islam demi kemakmuran rakyat semua kaum serta agama. Akhirnya, biar rakyat yang buat penilaian,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Ketika ini, katanya, PN perlu fokus mengukuhkan gabungan berkenaan demi rakyat dan memulihkan negara.

Beliau berkata, PN meletakkan standard tinggi dengan bertegas terhadap isu ketelusan, integriti, menolak salah laku dan penyelewengan.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin semalam, parti itu hanya akan memberi kerjasama kepada parti yang sealiran di bawah PN menjelang PRU15.



Muhyiddin berkata, Bersatu bersedia menghadapi apa jua situasi, termasuk kemungkinan bersama Umno, jika parti itu mahu terus bekerjasama atau menentang mereka.

Dalam pada itu, Wan Saiful menggesa semua parti komponen PN membina jentera pilihan raya bersama berdasarkan semangat ukhuwah, dengan konsep Keluarga Malaysia harus dijiwai dan dizahirkan dalam perjuangan membela rakyat.

“Kita akan ‘jalan terus’ bersama parti yang membentuk PN, iaitu PAS, Gerakan, Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah). FMT

PN tak terkesan dengan pertanding pelbagai penjuru, dakwa Wan Saiful




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Wajah Uqasha dah macam Sajat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker